May 30, 2011

dah berapa lama ye aku tak update blog ni?? malas betul !! kalau nak diikutkan, ada banyak benda aku nak bebel tapi dua tiga pat lima nam tujuh lapan sembilan seploh dan seterusnya hari ni aku memang malas tahap gaban.. semalam dah nak buat satu entry..tapi akhirnya aku tak buat jugak..huhu.. ni pepagi ni aku bebel sikit-sikit je la.. 

May 26, 2011

M. A. L. A. S




.


.


.


malasnya


.


.


.

May 25, 2011

tadaa

tetiba je tadaa....huhuhu.. sebenarnya nak cite pasal ni ha... antara barang-barang  yang iman guna.. dari kiri.

Johnson's Baby Lotion
Cool Fever

review untuk setiap satu tu..separuh dah buat.. tgl lg 2..hehe nanti la aku buat....macam malas jerkkk  (:

Review: Amway baby Oil

Amway Tropical Herbs Baby Oil
RM??.??

takde idea aku nak menaip pepagi ni.. cite pasal minyak angin je la..huhu. ni minyak angin yang aku sapu kat perut iman tiap-tiap malam. bagus untuk mengelakkan  bayi dari masalah kembung perut. produk ni dari Amway. harganya tak dapat dinyatakan sebab bukan aku yang beli :p .. baik ke tidak minyak ni? mm.. setakat yang aku tau, ok je ngan anak aku. any comment??  


May 23, 2011

Job Vacancy: MAIS

Majlis Agama Islam Selangor mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41)
2. Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)
3. Pegawai Penilaian (W41)
4. Juruaudit (W41)
5. Akauntan (W41)
6. Pegawai Undang-Undang (L41)
7. Pegawai Syariah (LS41)
8. Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)
9. Pegawai Tadbir (N41)
10. Pegawai Perancang Bandar & Desa (J41)
11. Penolong Akauntan (W27)
12. Pembantu Tadbir Kewangan (W17)
13. Pembantu Tadbir Undang-Undang (L17)
14. Pembantu Juruaudit (W17)

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


DOWNLOAD BORANG PEMASTAUTIN


Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 9 Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup permohonan : 30 Mei 2011

sumber: mahligai group

Job Vacancy: LKTN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Penolong Akauntan Gred W27
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17
5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gren N17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
8. Pereka Gred B17
9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
10. Pekerja Awam Gred R1
11. Pemandu Kenderaan Gred R3

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada :-

Ibu Pejabat,
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara,
15720 Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

sumber: mahligai group

Review: Nu Skin e-poch

slamat pagi selasa.. pagi ni aku nak buat sentry pasal iman lagi..cerita pasal apa? ok aku nak naip pasal produk kat bawah ni ha.. salah satu produk Nu Skin yang digunakan oleh si kecik ku yang comel itu..hehe nama produk ni ialah e-poch Hair & Body Wash.. memang untuk baby.. benda alah ni la yang aku guna time nak mandikan iman..  ..harganya.. aku tak tau la berapa tapi rasanya RM1++.++  kot.. nenek dia yang belikan ni.. mama iman tau guna jerk...hahahaha


Dyna Calamine Lotion

Slamat petang semua. sementara ada masa ni nak update entry jap. ingat tak hari tu aku ada buat entry pasal ruam bayi? ala.. kisah si tepung ubi tu.. haa...kali ni aku nak cite psal lotion yang aku guna untuk rawat ruam my little iman..hehe lotion tu tak lain tak bukan adalah. Calamine Lotion. rupanya macam kat bawah ni. aku beli lotion ni kat kedai ubat cina. alhamdulillah.. mujarap .. ruam iman pon dah berkurangan. cuma kalau berpeluh, naik balik la ruam-ruam dia tu. tapi dengan adanya lotion ni, takde lah aku risau sangat. harga pon tak mahal sangat. cuma RM6.50 je. tapi lotion ni macam bedak sejuk tau. orang tua cam aku pon boleh pakai. kalau ada masalah jerawat/lecur boleh apply kat kulit.  baunya boleh diterima akal ...hehe.. bagi sesiapa yang anak-anak kecik yang ada prob sama macam iman, cubalah. mungkin berkesan ..

May 22, 2011

Sales: Jusco


hoyee !!!!... Jusco buat sales lagik.. en. hubby..jom bawak saya g shopping .. hikhikhik..

21May – 12 June 2011

Jusco Sale

Up to 70% Discounts


Products Offered
70% Discounts
Babies & Kids Fashion
Ladies Fashion
Men Fashion
Sports

50% Discounts
Bag & Luggage
Lingerie
Shoes

50% – 70% Discounts
Bedsheet Set
Comforter
Bedding Accessories

Visit your nearest Jusco Store

May 21, 2011

ikan goreng kicap pedas

pepagi lagi aku nak buat entry.. semalam tak sempat nak up-date, ok! kali ni macam biasa, menaip apa yang aku berjaya masak semalam. sebelum tu mintak maap lah yer gambar tak berapa nak cantik coz nak cepat. tapi kira ok la dari takde kan. hehe

yang sebenarnya untuk tengahari tu aku cuma masak sardin cap ayam je. tapi lupa pulak nak snap.  ni menu makan malam.. setakat sardin tu pon sebok nak buat entry..hahaha.. oklah.. jom tengok apa  eksperimen aku kali ni

Bahan-Bahan

1 ekor ikan  talapia - cuci bersih dan lumur dengan garam dan digoreng garing
1 sudu  pes cili
3 sudu  kicap manis 
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - cincang
 1/2 inci halia - cincang halus
garam & gula - aku suka guna gula perang
1 cawan air - nak kuah lebih boleh tambah kuantiti air
minyak untuk menumis 

Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. masukkan pes cili dan tumis sebentar
  3. tambah kicap manis dan air, biarkan mendidih.
  4. masukkan ikan yang telah digoreng tadi (kalau nak asingkan macam yang aku buat pon boleh)
  5. perasakan dan tutup api, sedia untuk di ngap..


psstt: ikan dan sambal tu sengaja aku asingkan sebab en.hubby suka makan ikan goreng garing..kena la ikut citarasa beliau..hehe :p
 

May 19, 2011

hujan..teksi dan tambangnya

semalam masa aku nak balik .. kebetulan hujan turun tapi xde la lebat pon. hujan kecik-kecik je. tapi sebab dah lewat jadi aku malas nak jalan kaki ke LRT Taman Jaya, jadi aku pon tahan satu teksi ni. hampir suku perjalanan sekali si pemandu tu bagi tau aku.. "RM4.00 ye.. hari hujan la.. basah..bla..bla..bla" .. aku yang dok blakang ni rasa macam nak bukak pintu terus keluar jer.. tapi memikirkan keselamatan.. terpaksalah aku batalkan niat tu.. sampai je kt LR, aku kasi duit..blah bodo tanpa ucapan terima kasih. aku pon tak pasti berapa ringgit aku kasi kt driver teksi tuh... rasa macam RM3.00 je sebab duit tu aku lipat-lipat..hahaha... nasib dia la kan... dah ada meter pon sebok nak naikkan tambang.. alasan?? sebab hujan?? kalau hari panas takde pulak ko kurangkan tambang tuh.... apa ke sengal sangat..   ragam pemandu teksi ni macam-macam. tu belum kes lajukan meter.. rasa nak marah betul dengan pemandu-pemandu teksi yang macam ni. huh nyampah i..!!



May 18, 2011

Sales: The BodY Shop

Untuk sekian kalinya.. The body Shop Malaysia buat sales lagik.. jom terjah...


Please take note of the below terms and conditions applicable during The Body Shop Annual Sale from 20 May until 12 June 2011.




Terms and Conditions

  • The Love Your Body Sale weekend offer (20-22 May 2011) is valid for non-expired members only and must present original Mykad for verification purposes.
  • The Love Your Body Sale Weekend offer (20-22 May 2011) is valid at all The Body Shop stores in West Malaysia except KLIA Satellite Building.
  • No exchanges and refunds allowed for all discounted items purchased during the Sale period.
  • No Love Your Body recruitment during the sale period.
  • No point accumulation for all Love Your Body member purchases during the sale period.
  • Love Your Body RM20 rebate voucher is redeemable on full priced items only and not valid on discounted items.
  • Love Your Body Birthday email treat is redeemable on full priced items only and not valid on discounted items.
  • Love Your Body members are entitled to multiple purchases within the sale period, provided sale T&Cs are fulfilled each time.
  • The Body Shop, West Malaysia reserves the right to amend the Terms and Conditions of the promotions at any time without giving any prior notice to any party.  
 
maklumat lanjut sila layari www.thebodyshop.com.my

job vacancy: UUM

ok.. dapat lagi info pasal job vacancy.. mau cuba??

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41/43/47/51/53
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
3. PENOLONG JURUTERA ELEKTRONIK GRED J29
4. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B27
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2011

May 17, 2011

air halia

2-3 hari lepas, dalam badan ni dah macan tong drum.. banyak sangat angin, tersangatlah tak selesanya, dengan langkah yang agak malas, aku menuju ke dapur, mencari-cari Zingiber officinale Roscoe atau lebih dikenali dengan nama halia...hehe.. kalau guna bahasa saintifik ni mata aku pon bling-bling.. pe benda la tuh.. bila sebut je halia..oooo..halia (sambil membayangkan rupanya) haha...

halia ni sangat bagus untuk membuang angin dalam badan, selalunya aku cuma bancuh hirisan halia, tambah air panas dan sedikit gula perang.. gambar?? owh.. maaflah yer.. saya lupa nak snap... :p

Bahan-bahan
  1. 2 inci halia - hiris nipis
  2. 1 11/2 sudu teh gula perang - nak manis boleh lebihkan
  3. 1 cawan air panas
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau, biarkan sehingga airnya suam-suam.. boleh lah diminum

kisah si tepung ubi

ok la.. kali ni aku nak cite pasal kisah iman plak.. asyik cite pasal aku jee.. aku pon dah boring baca...hahaha.. tapi apa kaitan iman dengan tepung ubi yer? hoho.. ada kaitannya ye.. macam biasa la. budak-budak kan sangat senang kena ruam.. masa iman baru2 lahir dulu. untuk elak ruam, aku guna tepung ubi je. petua ni aku dapat dari kawan aku dulu.. kalau search kat tenet pun boleh jumpa pasal petua ni. dan alhamdulillah.. tepung ubi ni kiranya serasi la ngan iman... anak aku yang sorang tu memang aku tak kasikan bedak.. tapi tetap wangiiiii........hehe.. senang je kan? pakai tepung je.. jimat pon jimat.. tapi ada sekali tu .  aku jarang letak tepung ubi ni kat badan iman, cuaca pulak panas  kemain, penuh la badan iman naik ruam.. sangat kasihan melihatnya. jenuh la aku cari ubat nak kasi hilang ruam-ruam dia tu..tepung ubi ni sesuai untuk elak ruam naik, tapi kalau dah banyak sangat lambat la sikit kesan dia nak hilang.. jadi kena la fikir apa ubat nak rawat ruam-ruma tuh.. akhirnya aku jumpa satu produk .. tapi tu nanti la aku buat entry lain.. ni kisah tepung ubi je.. hehehe..
(pic dari google)

May 14, 2011

Mee suah

Memandangkan hari ni en.hubby masih lagi berkursus di ILP Pedas.. jadi aku malas nak masak nasi untuk makan tengahari.. sudahnya..aku cuma masak mee suah aje..  mee suah ni merupakan salah satu mee yang digemari oleh kaum cina.... masa dalam pantang dulu pon mentua aku masakkan mee ni.. ada yang jenis halus.. dan satu lagi jenis yang agak tebal.. kali ni aku guna mee suah yang halus cap Bunga Bendera..... memandangkan aku dah lama beno tak ke pasar.. jadi menu ni aku bantai apa yang ada je kat dapur tuh.. kalau korang suka makan mee ni.. boleh jugak tambah udang/ayam/fishball @ apa-apa aje yang korang suka..citarasa sendiri la erkk.. okeh.. jom tengok resepi ..

Review: E.H Magic Bubble Peeling

Yang sebenarnya.. produk ni dah lama aku beli (boleh baca kat sini).. tapi lupa nk guna.. dan hari ni baru la teringat....hahaha.. apa la.. tapi tak kisah la kan.. rasanya dah ramai yang buat review pasal bubble peeling dari Etude House ni.. tapi takpe la kan.. ni review versi aku.. ok.. meh aku bebel sikit pasal benda alah ni... 


 Etude House Magic Bubble Peeling
RM41.90 - after less 30% RM 29.33



ok.. ni la rupanya.. aku amik sikit letak kat tangan.. urut 3 minit.. jadilah macam kat bawah ni

 hah.. nampak tak?? tu la sisa-sisa kotoran yang tertanggal.....bila dh selesai step ni.. bilas dengn air suam..  aku malas.. guna air sejuk je... tapi jangan la pulak korang guna benda ni kat tangan.. sila guna kat muka yer.. ni aku kasi contoh jer tau... dan hasilnya?? bagi aku agak memuaskan.. lepas dah cuci bersih. dah lap.. dapat rasa kulit muka tu licin jer.. kiranya berbaloi la aku beli benda nih.. kalau korang nak cuba.. silalah buat lawatan ke Etude House berdekatan anda yer.. (:


ayam masak madu

 mm.. tengok gambar kat atas tu..amacam?? menggoda tak?? hehe.. hari ni aku masak menu ayam lagi... dok menelek bahan-bahan dalam peti sejuk..sambil berfikir..apa yang boleh ku masak yer.. takde idea.. alih-alih..aku pon bukak pc.. macam biasa.. web masak-masak kegemaranku pastinya myresipi.com .. kali ni aku cuba resepi yang disumbangkan oleh sya annur. tapi ada la aku derhaka sikit..  apapun..resepi ni sangat sedap.. tak rugi cuba.. korang??? tak mau try ke??? sedap wooooo

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam (aku tak letak pon :p)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah(aku ganti ngan gula perang jer)
  • sos/tomato puree ( pon tak letak jugak)
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.


May 13, 2011

kisah suami isteri . . .

di satu petang ketaka hujan renyai2.. si isteri yang baru pulang dari kerja.. menaiki bas untuk pulang ke rumah..setelah separuh perjalanan..hujan makin lebat.. sedang leka dia membaca...tiba2 telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.. dia pun membacanya..sms dari suami..

suami: sayang, tak balik lagi ke?
isteri: dah balik dah.. dlm bus.. sorry..mama lupa mesej... (:
suami: ok, takpe.. hati2 yer..
isteri: ok.. hujan lebat la..sejuk...Grrrrr.. (aksi menggigil)
suami: hahaha.. sabar ye... kira sampai 10..nanti sampai la
isteri: yela tu.. dah habis kira.. kalau tak sampai lagi..kira balik...huhu
suami: eh! tak la.. kira sampai 10 je... dah sampai baru sambung 11...hahahaha
isteri: cess..........

setibanya si isteri.. setelah turun dari bas.. dia mendapatkan suaminya... dalam kereta yang di naiki..si isteri menyapa suaminya.."hai sayang!.. mama dah sampai dah.. sambung kira la.. 11...hehe.." --- mood suami ..kalau boleh nak gelak guling2...hahaha






May 11, 2011

cara mudah lipat cadar yang ada getah






aiseh..panjang plak tajuk entry kali ni....haaa..x kisahlah.. just nak share ngan  korang satu video yang aku dapat...heheh...pernah tak korang menghadapi kesukaran utk melipat cadar yg ada getah tu?? mesti penah kan kan ??? ...nak-nak lagi org yg menaip entry ni..hahaha .aku dapat  video ni kt email..so dari terperap je kat dlm tuh ..baik la share ngan korang sumer..ada gak pekdahnya..ye tak?? bila tgk vidoe tu..cam senang je dia buat..slalu kalau aku lipat cadar..mesti jadi mcm yg kt seblah tu..hahaha..kantoi... :p 


pas tgk video ni kompem dlm lemari nnt kemas je kt bahagian simpan cadar dan yang sewaktu dengannyer... (:


harus ku tunjukkan video ini kepada en.hubby...supaya senang beliau bantu daku lipat cadar..ekekeke...

May 10, 2011

Sales: sogo kL




12-15 May 2011

Sogo KL Warehouse Clearance

Up to 70% Off


Brands Offered
Sachs
Pierre Balmain
Pierre Cardin
Cellini
Ellphe
Voir Jeans
Radioactive
Triumph
Hush Puppies
Valentino Rudy
Renoma
Polo
Smalto
Akemi
Windsir
Piegeon
KikiLala
Peter Rabbit
and more



Time : 10am – 930pm

Location
Multi purpose Hall, Foyer, Walkway & Waterfall Atrium, 7th Floor
Sogo Kuala Lumpur
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur


Sales: L'oreal Malaysia Sdn Bhd



13 May 2011

L’Oreal Malaysia Luxury Products Great Deals


Brands Offered
Lancome
Biotherm
Shu Uemura
Ralph Lauren
Giorgio Armani
Cacharel
Guy Laroche
and more

Terms
Cash and Credit Cards accepted
No bags allowed
Goods sold not returnable or exchangeable
Goods purchse limited to 5 piece per item per customer only

Time: 10am – 6pm

Location
Plaza Ballroom, Lower Lobby
Park Royal Hotel
Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
Malaysia

Organized by L’Oreal Malaysia Sdn Bhd

job vacancy: MDSB

slamat pagiii...  meh tengok sini.. kot2 ada jawatan yang sesuai utk dipohon..sumber: mahligai group

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
2. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
3. PEKERJA AWAM GRED R1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 MEI 2011

May 8, 2011

rasa macam.....

Bangun pagi tadi..kepala dah rasa berat 8 kilo.. sampai kt opiz je aku memang rasa penat sangat..mungkin sebab sakit kepala..tambah plak ngan selsema.. skali ngan tak cukup tido... pakej lengkap yang membuatkan aku tak larat nak bukak mata.. 

skang ni pon mata masih lagi bling2 (*_*)
ubat dah telan... 
harap2 jangan la aku tersengguk lagi ... 
... zzZZzz ...
 ...zZz ...
... z ...
...

sup lobak putih

ada masa sikit ni.. aku nk kongsi resepi lagi... kali ni pasal sup pulak.. sup lobak putih ni aku buat hari sabtu lepas tapi xde masa nk up-date + lupa nk upload gambar..  sup ni sebenarnya baik utk ibu2 yang  breasfreed baby macam aku...sebab apa?? sebab lobak putih adalah salah satu makanan yang boleh membantu  membanyakkan susu badan.. resepi ni macam biasa ..aku blajo dari mentua aku le.. hehe ok.. meh  baca resepi ..

Bahan2
1 batang lopbak putih - potong ikut suka
 1/4 ayam pencen -  potong kecik
3.5 liter air
2 biji kurma merah - buang biji
garam dan gula

Cara2

1. Didihkan air dalam periuk...bila dah mendidih.. masukkan ayam pencen yang telah dipotong kecil..biarkan mendidih lagi
2. masukkan lobak putih dan kurma merah .. 
3. tutup periuk dan biarkan sup mendidih dengan api kecil selama 2-3 jam..
4. perasakan dengan garam & gula..siap

oh ye..sup ni jgn masin sgt yer.. x sedap...satu lagi..kalau rasa cam malas nk tunggu atau nak lebih senang,, buleh jugak masukkan semua bahan kat atas tuh dalam slow cooker... setkan 'low' dan biarkan ianya masak selama 5-6 jam ...senang kan?? ...ok... slamat mencuba :)

May 6, 2011

slamat tghr .......

mmm..sementara anak aku yang comel lote tu masih lagi lena dalam mimpi2-nya...buleh la den up-date kejap blog nih..huhuhu..semlm x dapat nk up-date..aku mc le...selsema lagik....

kali ni just nk tepek pic produk apa yang aku guna.. macam pic kat atas tu... ... dari kiri:-

Schwarzkopf Q10 Restore Time - shampoo
Schwarzkopf Q10 Restore Time - conditioner 
L'oreal Hydrafresh - toner
 Silkygirl Hydraclean - makeup remover
 Biovalley: Virgin Coconut Oil Milk Protein - conditioner
Dodo Palgantong - loose powder
L'oreal Hydrafresh Aqua Gel -  moisturizer
L'oreal Elseve - leave-n mask
Elianto - Sunscreen lip balm

May 4, 2011

senyum jer

tak perlu kata apa2..senyum-senyum (^_^)


apa motif aku sebenarnya???

aku lupa satu perkara.. semalam en. hubby ada cite..dalam perjalanan dr umah nak ke umah mak dia merangkap mentua aku la... ada satu kemalangan ... kereta perdana langgar motor... silapnya yag drive kete tuh p langgor lampu merah... apa lagi...gedegang la... teruk gak penunggang motor tu punyer motor... habih jahanam motor dia.. seb bek la yg bawak motor tu x cedera parah... yang driver perdana tu pulak pompuan melayu... gabra giler dia... maunya tak gabra...dah la ko langgar lampu merah satu hal.. langgar orang lagik dh dua hal... buat jalan kt situ jem kejap apa ke hal..??? kan dah nyusahkan orang...nyusahkan diri sendiri.. 

bila jadi kes2 mcm ni ramai la yang dok cakap2..orang pompuan kalau bawak kete ..huh..tak hingat ... itu la ini la.. macam tu la macam ni la... langgar tu la langgar ni la.. pendek kata banyak yang negatif le...  

kesudahan kemalangan tu tak la pulak aku ikuti..hahaha.. apa motif aku  sebenarnya nih?? huhu...mmm.... cuma aku rasa kemalangan yang jadi ni bukanlah  sebab pompuan.. sikap pemandu tu la... tak kira laki ke pompuan.. klu dah masing2 nak buat kepala sendiri kat jalan raya... maunya tak xcden... 

satu lagi yang paling hangin bila drive..orang blakang pasang lampu tinggi..macam la kete dia sorang je kat malaysia ni  yang ada lampu tinggi... sakit mata tau tak!!!

walaupon aku ni tak pandai bawak kete ..kantoiii... tapi sebagai co-pilot  yang tak menyumbang apa2 pon kepada pilot..aku pon marah gak tau... duk seblah..sakit mata ni kena silau lampu...

so..apa motif aku taip kisah nih? ntah!!! aku pon taktau..korang carik la sendri... heeeeeeeee  (*_*)


lip balm elianto

slamat pagiiiii...teman adik disini...bangun dengan riang.....bermain bersama..ayuhh...(sila nyanyi guna lirik lagu iklan pampers)...

hehe..pekehal lak pepagi dok nyanyi lagu pampers plak nih...hahaha... nampak sangat kesengalan aku....:p yang sebenarnya nak cite pasal semlm punya cite...

haaa... sebetulnya...semlm kitorang kua makan kt pizza hut sempena sambutan hari ibu..walaupon hari ibu bukanlah semlm tapi memandangkan semlm je yang semuanya ada kt umah xde koje@xde xtvt..so..terpaksalah sambutannya diawalkan..heeee.. tak kisah la kan... janji dapat makan...nyum2... 

Re: hair product

assalamualaikum kawan2...

bertemu kembali dalam rancangaaaannn... bebelan ku..bebelan mu jua!!!..hahaha...bila masa laks aku buat rancangan nih??? berangan lebeyyy..hehe..x kisah la... yang penting kali ni aku nak sembang pasal syampu pulak...ha..kenapa pilih tajuk syampu?? dah masalah yang aku alami skang ni bab rambut..so penawarnya mestilah syampu kan..x kan aku nk cite pasal facial foam pulak..kan tak sesuai tuh.... (",)


okes...sebelum-sebelum ni kan aku ada cite pasal masalah rambut..klu x tau buleh rujuk sini... lepas besalinkan iman yang comel dan kiut miut tu...aku pasan...rambut aku dah makin banyak yang gugur... dan perkara ini sangatlah mendukacitakan jiwa kewanitaanku yang agak sentitip nih.. oleh kerana perkara a.k.a masalah tersebut perlu ditangani dengan kadar yang segera... (pehal lak tetiba jadi ayat skema nih) ... dengan kemudahan yanga ada...aku pon menggodek la en. google untuk mencari-cari jawapan kepada permasalahan ini... cari punya cari punya cari..berapa banyak cari daaaa... akhirnya aku nekad untuk membeli shampoo ini... 


May 3, 2011

job vacancy: MADA

 Lagi jawatan kosong untuk diisi .... (^_^)

Pemohon-Pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda :-

1. JURUTERA GRED J41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
3. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
4. PEMANDU KENDERAAN (EMPO) GRED R3
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR SETAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Mei 2011

Masalah "K" berbau???

mmm... semlm macam biasa..balik keje kena baik bus...jauh betul perjalanan aku... PJ-Seremban.. macam nak balk kampung pulak..tapi nak buat camner..dh aku keje kat Pj..duk semban kan.. kena la ulang-alik hari2....penat ooooo....hehe..ok2,,,kali ni bukan nak bebel pasal naik bus atau balik kampung..tapi aku nk cite kejadian yang berlaku dalam bus...?? owhh??..kejadian?? dalam bus??  kenapa yer?? apa dah jadi?? ...

job vacancy: UITM

Lagi jawatan kosong utk diisi...pon dpt dr group mahligai jugak..hehe..sila2..sesape nk mohon... ??
 
Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap di Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI
3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA
4. JURURAWAT MASYARAKAT
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
6. PENGAWAL KESELAMATAN

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLAOD BORANG PERMOHONAN

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh tutup permohonan ialah 06 Mei 2011

job vacancy: PPUM


Pengumuman!!!!... baru dapat email  dari group mahligai... PPUM ada open job...sesape yang berminta..blh cuba nasib...mana tau rezki anda......
PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT :-

1. Pegawai Psikologi S41
2. Penolong Pegawai Perubatan U41
3. Juru X-Ray (Radioterapi) U29
4. Penolong Pegawai Perubatan U29
5. Jururawat Masyarakat U19
6. Juruteknik Komputer FT17
7. Juruteknik J17
8. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
9. Pemandu Kenderaan R3



Buleh Download iklan jawtan kat sini...

May 2, 2011

Fuji instax mini 7s

hari ni sampai2 opiz je dah lemau...maunya tak...3 hari becuti,..hari keempat dah start keje...agak lemau la jugak nk mulakan koje kt opiz nih... jiran sebelah plak..datang2 je dok cite pasal camera polaroid....



alaa.... kalau korang ada tgk cite He's beautiful tuh mesti korang pasan..kan  Mi Nam ada guna kamera nih?? pasan tak???... kalau x pasan..nampak sangat korg x tgk cite tu..hahahaha.....


bila gi google2... dapat la info.... dan..tetiba jerk perasaan teruja untuk meilikinya pon datang...haha..teruk aarr kan aku nih... tapi seyes la..kamera ni sangat cute tau... nak kena letak dalam list nih...harusku berusaha dengan gigih untuk membelinya..hehe.....cuba korang tengok snedri...comel kan..kan?? betul la..aku x tipu...x caye tgk kt bawah nih....



haa..kan aku dah kata...comel....hehe..korang tergoda tak??... klu korang dah tergoda buleh la beli kat sini ... mmmm. aku mmg plan nk beli benda alah ni..tapi memandangkan ada benda lain yang lagi penting...tepaksa la tangguhkan dulu impian nih... en. Fuji instax mini 7s...sila tunggu saya ye... satu hari nanti saya pasti akan beli anda..tunggu tau....huhuhu..... bawak besabar ye pn. kyo... :p

sok klu aku dah beli..aku tepek review kt sini..okey..sekian.. harap maklum... 


 

HTC desire S

Bila la gamaknya aku dapat beli hp nih...teruja sekejap ingin memilikinya
 
 
 
...
...




...




...




...




...
HTC Desire S
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...