May 22, 2012

untuk makluman kawan2.. blog saya mengalami sedikit masalah .. walaupun sikit tapi ia berjaya membuatkan saya tensen sampai skang.. klu ada blog yg tetiba je saya unfollow tu .. saya mintak maap banyak-banyak ye.. bukan niat saya pon..ntah sapelah yang sangat baik hati menghack blog ku ini.. mmmm insyaallah saya akan cuba usahakan untuk atasi masalah ini


segala kesulitan amat dikesali....

menu berpantang part III

nak share ngan korang menu berpantang lagi. dapat dari sorang staf kat opiz. walaupun hanya resepi orang dalam pantang, tapi tak kisahlahkan.. saya tak pernah cuba lagi menu ni.. tadi baru dengar akak kat opis dok cite.. jadi nak share jugak ngan korang.hehe... apapun, kita layan jelah yer..

Pegaga  Lada Hitam

Bahan

2- 3 cekak daun pegaga- hiris
segenggam ikan bilis - cuci bersih dan toskan
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya - tumbuk halus

cara-cara
  1. sangai ikan bilis hingga garing
  2. tambahkan bawang yang telah siap ditumbuk dan serbuk lada hitam
  3. perasakan dan angkat
  4. gaul bahan sangai dengan pegaga yang telah siap di hiris
  5. sedia untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi panas..

p/s: kakak kat opis tu kata, kalau malas nak sangai, boleh jugak di goreng. cuma pastikan minyak jangan letak banyak-banyak.. kang gomok plak.. ingat nk terai masak hujung minggu ni.. kalau jadi baru saya tepek  gambo.. walaupun saya dah lama tamat tempoh berpantang (dah macam tamat tempoh kredit pulak)..saya tetap nak cuba menu ni.. haha.. ok...selamat mencuba.

logo halal sedunia

entry ni saya baca kat blog cik mat sebenarnya.. niat asal nk jenguk resepi masak labu.. pastu jumpa pulak entry pasal logo halal ni.. jadi.. nak share jugaklah.. thanks tu cik mat coz sudi share...


lepas ni boleh print untuk rujukan..


sekian dimaklumkan...

May 9, 2012

kurma ayam yogurt yg takde yogurt

menu sabtu lepas.. resepi ni saya tengok kat blog cik mat .. en hubby dah lama teringin nak makan ayam kurma ni.. tapi baru sekarang saya berkesempatan buat.. cuma tang yogurt tu saya gantikan dengan santan sebab en hubby tak boleh makan segala jenis yang berasaskan susu.. walaupun tanpamu wahai yogurt.. rasa kurma den totap sedap.. thanks to cik mat sebab share resepi yang super yummy ini.. 

Kurma Ayam Yogurt

Bahan

600 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan - saya guna sekor ayam kampung
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar cili kisar -
1 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kurma
1/2 cawan yogurt - saya gantikan dengan 1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka - ganti dengan gula putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar halus


1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan - saya tak letak sebab en hubby tak boleh makan
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji

Bahan Tumis


3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara2
  1. Satukan bahan2 kisar halus dan rempah kurma, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing, tambah rempah kurma + bahan kisar halus tadi, masak hingga terbit minyak dengan api kecil.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang, gaul dan tuang air seckupnya. Masak hingga kentang empuk, tambah asam gelugor, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan yogurt/santan, cili merah dan hijau belah. Kacau rata dan masak sekejap degan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang...
     




    resepi kat blog cik mat ni memang sedap-sedaplah.. rasanya klu cikmat terbitkan buku masakan harus ku beli.. dan seperti biasa....gambar akan diupload kemudian..weeeeee

May 1, 2012

masalah sembelit

kongsi pengalaman lagi.. rasanya ramai di kalangan ibu-ibu mengalami masalah sembelit ketika berpantang kan? ke saya je yang kena?? tak kisahlah.. saya nak share ngan korang salah satu cara saya atasi masalah ni selepas bersalin.. apa yang saya amalkan, tiap-tiap hari (dalam pantang) saya ambil phytonatal keluaran nony roguy.. pil ni memang  untuk atasi sembelit di kalangan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. kalau ikut aturan dia..makan 2 biji.. tapi saya makan sebijik pun dah cukup.. bila nak buang air besar tu takdelah seksaa... alhamdulillah.. pil ni serasi dengan saya..

kalau beli set bersalin tropical herbs.. dia sertakan kapsul.. ada 2 botol.. saya makan ni pun mujarab jugak.. saya ambil ni masa berpantang kali kedua hari tu

kekdah lain.. boleh cuba minum pati prun.. ni pun boleh membantu melawaskan sesi pembuangan..

lagi.. boleh cuba minum pysilium husk (sejenis fiber) tapi jangan ambil banyak2.. cukup sekadar satu-dua sudu teh sehari.. dan jangan lupa minum air secukupnya.. hat ni lepas pantang pun boleh makan sebab benda ni serat je. saya masih amalkan pengambilan fiber ni.... yang penting minum air banyak2.. selalu saya minum pysilium husk ngan milo.. rasa macam minum milo plus nestum ja..  sedap jugak...

ok...tu saje..nanti cerita lagi...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...