Mar 15, 2012

sarang burung/ bird nest



saya nak cite pasal burung punya sarang..

hari tu mak mentua saya masak sarang burung.. ni baru kali ke-tiga saya makan (tak boleh selalu.. mahaii wehhh..) .. masa mula-mula minum dulu tekak susah nak terima sebab tak biasa.. tapi kali ni bila minum ..eh!! sedaplah pulak..jadi nak sharelah ngan korang camne cara nak masak sarang burung@bird nest nih... senang aje.. rasa bird nest ni macam makan jelly..

bahan-bahan
3 keping sarang burung - rendam dan bersihkan
3 keping hirisan ginseng
3- 4 cawan air
sedikit gula batu

cara-cara
  1. cuci bersih sarang burung
  2. masukkan sarang burung, hirisan ginseng dan air ke dalam slow cooker dan masak selama 2-3 jam (mode:hight)
  3. bila dah lembut baru masukkan gula batu (ikut nak manis tahap mana)
  4. sedia untuk diminum
 


Mar 14, 2012

kurangkan bengkak susu

ni nak cite kejadian yang berlaku masa saya dalam pantang hari tu. hari ketiga selepas saya bersalin , saya mengalami masalah bengkak susu. kalau masa lahirkan iman dulu takde masalah sangat sebab baby boleh direct feeding. tapi kali ni tak sama. sudahnya saya sakit akibat bengkak susu sampai demam2.. walaupun perkara ni dah dekat sebulan berlalu.. tak kiralah.. saya nak cerita jugak... apa yang nak saya kongsikan macam mana nak kurangkan rasa bengkak susu. pada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah ni mesti taukan. betapa sakitnya.. silap haribulan boleh demam macam yang jadi kat saya...

apa yang korang perlu lakukan ialah sediakan kobis .. kalau boleh sebiji.. pastu ambil kelopak kobis tadi dan tekap pada cik B, pastikan anak baju tak terlalu ketat. bila kelopak kobis dah layu, tukar dengan yang baru. ulang lagi sampailah rasa bengkak tu kurang. jangan lupa perah/pum susu bila dah kurang bengkaknya.

kaedah lain, bolah tuam dengan tuala basah. caranya basahkan tuala dengan air biasa dan tuam cik B dengan tuala tadi selama 45 minit, kemudian tuam pulak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam sampai rasa bengkak kurang.. bila dah kurang baru perah/pum susu jugak. 

petua ni saya dapat masa pegi klinik kesihatan seremban. alhamdulillah.. cara yang pertama tu sangat-sangat membantu. dan kalau korang ada cara lain.. mungkin boleh share kat sini jugak.. (:



Mar 13, 2012

ikan masak cuka

semalam saya bereksperiment lagi, kali ni saya cuba resepi dari cik mat gebu. ikan masak cuka. tapi saya terlupa nak ambil gambar ikan yang dah siap masak..   kalau korang nak cuba, terus je la g kat blog cik mat yer.. 

layan jugak makan ikan masak cuka ni ngan nasi panas-panas.. 






petua kurangkan batuk

untuk kali ni saya nak kongsi petua pulak. masa dalam pantang hari tu saya dilanda demam + batuk.. walaupun demam dah baik.. tapi batuk tak ok2 jugak.. satu hari pak mentua saya suh minum air rebusan halia... alhamdulillah. dengan izin Allah.. batuk saya semakin berkurangan... meh tengok resepinya.. (:

Bahan
5 batang serai - ketuk
4 ulas bawang merah - cuci bersih dan belah sikit (kulit bawang jangan dibuang)
3 hiris halia
sedikit lada putih - ketuk
2 mangkuk air
gula perang secukupnya

cara
  1. satukan semua bahan kecuali gula perang dan jerang hingga mendidih.
  2. tambah gula perang ikut kemanisan yang dikehendaki dan tutup api
  3. biarkan air rebusan menjadi suam..bolehlah minum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...