Apr 14, 2012

kuih bakul

sebenarnya resepi ni tahun lepas punya cerita.. saya ambil gambar konon-konon nak buat entry.. alih-alih tahun ni baru sudah..kira ni entry tertunggak la lebih kurang...(macam biasa.. saya memang suka letak titik banyak-banyak..harap maklum yer...)

salah satu resepi kaum cina yang saya belajar dari mentua..hee.. lepas kawen baru saya tau gini rupanya kalau nak makan kuih bakul.. ingatkan makam macam tu jer.. agak jakun jugak bila kali pertama mak mentua saya goreng kuih ni..hehehe...jom tengok


Kuih Bakul goreng

Bahan
1 ketul kuih bakul - buangkan tepi2nya, cuci bersih. belah 2 dan hiris setebal 3-4cm
ubi keledek/keladi - cuci bersih dan potong (bergantung banyak mana kuih bakul)
2 cawan tepung gandum*
1 biji telur*
air + sedikit garam*
minyak untuk menggoreng


Cara
  1. satukan bahan bertanda * macam nak buat tepung goreng pisang. pastikan bancuhan pekat sedikit supaya senang nak salut..
  2. ambil sekeping kuih bakul dan sekeping ubi kedelek/keladi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
  3. goreng hingga kekuningan@ hingga ubi masak..




p/s: kuih bakul ni bila dah digoreng dia akan cair macam chewing gum (betul ke idak saya eja nih)..liat2 gitu.. jadi kena pastikan salutan tepung tu cantik supaya  kuih bakul tadi tak meleleh keluar..sayangnya.. saya terlupa nak ambil gambar kuih yang dah siap digoreng.. ):

Apr 13, 2012

ntah hape2 ntah

benda ni sebenarnya saya dah lama perasan tapi baru kali ni rasa nak buat entry.. tak tau kenapa... bila saya menaip...saya sangat suka letak titik  banyak-banyak..hehe.. macam sekarang ni.. habis satu ayat.. di hujung ayat-ayat tersebut..mesti saya akan letak titik banyak-banyak.. ntah apa pesen ntah.. 

pelik ke cara saya menaip ? kadang tu ada jugak terfikir.. mesti ada yang tensen bila baca blog saya..banyak sangat titiknya....haa...kan dah kata..titik lagi...ngeeeee...

 sila redha... saya memang suka letak titik banyak-banyak......


Apr 12, 2012

petua kecutkan rahim

kongsi petua berpantang lagi.. kali ni nak share pasal kecutkan rahim pulak.. macam yang kita tahu (walaupun hakikatnya saya takdelah tau sangat pon) kunyit ni banyak khasiat dia..salah satunya membantu kecutkan rahim selepas bersalin.. macam mana caranya? senang aje.. cuma sanggup ngan tak sanggup nak telan je..hehe.. .


Pati kunyit

Bahan
3 inci kunyit hidup - cuci bersih dan parut/tumbuk halus
1/4 cawan air panas

Cara
  1.  satukan kunyit dengan air panas
  2. tapis dan minum airnya..

senangkan? cuma rasa dia hazab sikit..ngeee...

menu berpantang Part II

bersambung dari entry sebelum ni di sini

Bun/burger Ikan

Bahan
1 set roti bun/ roti burger - belah2
2 keping tenggiri - ambil isinya dan cincang halus
* sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
* sedikit tepung jagung
* garam/gula
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara
  1. gaul isi ikan dengan bahan bertanda *
  2. bentukkan pes ikan seperti daging burger dan goreng hingga masak
  3. bila nak makan, letakkan ikan ditengah2 bun dan tambah sos cili

Nasi Goreng Halia  

 Bahan 
1 mangkuk nasi - seeloknya guna nasi yang baru dimasak
2 inci halia - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang
2 sudu teh kicap cair 
minyak bijan untuk menumis


Cara
  1. panaskan minyak bijan dan goreng halia hingga garing..ketepikan
  2. tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan nasi ,  gaul rata
  3. perasakan dengan kicap cair.. tambah kan halia goreng dan sedia untuk dimakan

Ayam Halia

Bahan
2 ketul  ayam kampung - dipotong kecil
2 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih -  cincang
1 cawan air
kicap cair
kicap pekat
minyak bijan 
garam dan gula (jika perlu)

Cara
  1. panaskan minyak bijan, tumis bawang putih dan halia hingga wangi
  2. masukkan ayam, kicap cair. kicap pekat dan kacau sebati
  3. tambahkan air, biarkan mendidih@hingga ayam masak
  4. perasakan dan sedia untuk di makan.


Ikan Masak Kunyit

Bahan
2 keping ikan tenggiri
1 inci kunyit hidup - ditumbuk 
sedikit kicap cair
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Cara
  1. perap ikan dengan semua bahan.
  2. goreng/ kukus ikan hingga masak

Singgang ikan

Bahan
2 keping ikan tenggiri
2 batang serai - diketuk
1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
2 ulas bawang putih  - diketuk
2 ulas bawang merah - hiris
1-2 keping asam keping/ air asam jawa
1 @ 2 cawan air
garam dan gula

Cara
  1. satukan semua bahan dan biarkan mendidih / hingga ikan masak
  2. perasakan dan siap...

sup ikan dengan kacang hitam

Bahan
2 keping ikan haruan - goreng garing
1 cawan kacang hitam - digoreng tanpa minyak
2 inci halia - diketuk
air secukupnya
garam dan gula

Cara
  1. didihkan air, masukkan kacang hitam dan biarkan mendidih
  2. masukkan ikan yang telah siap digoreng dan juga halia
  3. reneh sup selama 1-2 jam dengan api kecil
  4. perasakan dan sedia untuk dihidang
p/s : untuk sup ni boleh juga diganti dengan ayam kampungtapi tak payah goreng....mak mentua saya kata..sup ni elok untuk tambah darah..ada lagi 2-3 resepi tapi saya tak ingat nama herba-herba yang diguna.. hehe



Apr 11, 2012

menu berpantang part I

ada kawan yang bertanya masa pantang saya makan apa memandangkan saya duk ngan mentua.. jadi nak share sikitlah apa yang saya makan sepanjang tempoh saya berpantang hari tu.. disebabkan saya bersalin normal tanpa ada luka jahitan jadi apa yang saya boleh makan waktu berpantang tak rumit sangat. menu pulak campur-campur.. masa adik saya datang jaga.. ada la menu orang melayu.. bila dia dah balik.. makan menu cara kaum cina pulak..hehe..tapi set berpantang Tropical Herbs tetap saya amik .. 

ok.. meh nak tepek serba sedikit menu  berpantang 

Air Longan
Bahan
10-15 biji longan kering tanpa biji
5 biji kurma merah - buang biji
air secukupnya - saya masak untuk stok 1 hari

cara
  1. didihkan air  dalam periuk
  2. masukkan longan kering dan kurma merah. reneh selama 1@2 jam dengan api kecil 
  3. simpan dalam termos. bila nak minum, tuang je...

Mee suah
Bahan

2 keping mee suah
1 ulas bawang putih -  cincang@ketuk
2 inci halia -  mayang halus
1 keping isi ikan (tenggiri/merah @ apa2 ikan yang x gatal) 
minyak bijan untuk menumis
air secukupnya
sedikit garam/ kicap cair - 

Cara
  1. panaskan 1 sudu minyak bijan, tumis halia hingga garing dan ketepikan
  2. tumis bawang putih hingga wangi. masukkan air dan biarkan mendidih
  3. masukkan mee suah dan  isi ikan, reneh lagi sampai mee masak
  4. perasakan dengan garam / kicap cair - waktu berpantang tidak digalakkan makan makanan yang terlalu masin..
  5. bila dah masak, tuang mee dalam mangkuk dan taburkan halia goreng..

Ikan Bilis Lada Hitam
Bahan
1 mangkuk ikan bilis - buang tulang dan cuci bersih
1 sudu lada hitam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara
  1.  panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan toskan
  2. tumbuk lada hitam dengan sedikit garam
  3. masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar.. simpan dalam bekas kedap udara.

Ikan Kukus 
Bahan
2 keping ikan tenggiri @ apa2 ikan yang tak gatal
2 inci halia - hiris halus
sedikit kicap cair
1 sudu kecil chinese wolfberry

Cara
  1.  satukan semua bahan dan kukus selama 10 minit
  2. sedia untuk di makan


bersambung...

asam pedas tempoyak

baiklah kawan-kawan.. hari ni saya nak cite pasal resepi .. asam pedas tempoyak.. dah lama betul saya tak masak  sendiri. rasanya dekat setahun lebih jugak kot saya tak masak asam pedas tempoyak ni..

meh jenguk dapur saya yang tak berapa nak berasap sangat ... masak campak-campak.. kalau nak cuba bolehlah... ada orang tak makan tempoyak, tapi makan durian, ada jugak yang tak makan durian, tapi dia makan tempoyak.. saya pulak??? dua2 pun saya tibai jee......



Bahan

3 keping ikan (suka korang lah nak guna ikan apa)
1 batang bunga kantan - belah 2
segenggam daun kesum
 1 batang timun - buang kulit dan biji - potong beso2)
*3 sudu besar tempoyak
*8 biji cili padi (boleh kurang/lebihkan)
*1 biji cili merah
*2 ulas bawang putih
garam dan gula
air secukupnya

cara2
  1. kisar bahan-bahan bertanda *
  2. satukan bahan kisar, ikan, air, daun kesum dan bunga kantan, masak hingga mendidih
  3. perasakan dan sedia untuk dihidang
nota: kalau tempoyak kurang masam, boleh tambah asam keping.



Apr 1, 2012

taska dan iman

pukul 7.40 pagi tadi hantar iman comel ke taska. mula-mula sampai dia ok je.. bila tak nampak papa ngan mama dia.. terus nangis.. saya duk nyuruk kat luar pagar taska tak nak bagi iman nampak, sayu hati ni bila dengar dia nangis.. tapi kena gak buat keras hati. kalau tak lagi susah. teacher kat situ memang dah pesan awal-awal masa daftar. budak-budak akan nangis pada hari pertama. lama-lama nanti bila dah biasa.. akan ok balik. ambik masa sebulan jugak la nak kasi iman biasa dengan suasana baru dia.. 

sampai rumah... rasa macam pelik pulak bila anak saya takde.... rindulah pulak..hehe.. pic kat bawah ni beberapa hari sebelum iman ke taska...

 mmmm..?

 eaayyahhhh!!...

kiri kanan kiri kanan kiri kanan..!!!


oklaH.. Itu Aje untuk entry kali ini...


sekian...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...