mm.. tengok gambar kat atas tu..amacam?? menggoda tak?? hehe.. hari ni aku masak menu ayam lagi... dok menelek bahan-bahan dalam peti sejuk..sambil berfikir..apa yang boleh ku masak yer.. takde idea.. alih-alih..aku pon bukak pc.. macam biasa.. web masak-masak kegemaranku pastinya myresipi.com .. kali ni aku cuba resepi yang disumbangkan oleh sya annur. tapi ada la aku derhaka sikit.. apapun..resepi ni sangat sedap.. tak rugi cuba.. korang??? tak mau try ke??? sedap wooooo
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam
- garam
- kunyit
- 1 sudu rempah kari ayam (aku tak letak pon :p)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inch halia
- bawang besar
- cili kering
- madu
- gula merah(aku ganti ngan gula perang jer)
- sos/tomato puree ( pon tak letak jugak)
- air
Cara-cara
- Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
- Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
- Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
- Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.
0 comments:
Post a Comment