May 21, 2011

ikan goreng kicap pedas

pepagi lagi aku nak buat entry.. semalam tak sempat nak up-date, ok! kali ni macam biasa, menaip apa yang aku berjaya masak semalam. sebelum tu mintak maap lah yer gambar tak berapa nak cantik coz nak cepat. tapi kira ok la dari takde kan. hehe

yang sebenarnya untuk tengahari tu aku cuma masak sardin cap ayam je. tapi lupa pulak nak snap.  ni menu makan malam.. setakat sardin tu pon sebok nak buat entry..hahaha.. oklah.. jom tengok apa  eksperimen aku kali ni

Bahan-Bahan

1 ekor ikan  talapia - cuci bersih dan lumur dengan garam dan digoreng garing
1 sudu  pes cili
3 sudu  kicap manis 
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - cincang
 1/2 inci halia - cincang halus
garam & gula - aku suka guna gula perang
1 cawan air - nak kuah lebih boleh tambah kuantiti air
minyak untuk menumis 

Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. masukkan pes cili dan tumis sebentar
  3. tambah kicap manis dan air, biarkan mendidih.
  4. masukkan ikan yang telah digoreng tadi (kalau nak asingkan macam yang aku buat pon boleh)
  5. perasakan dan tutup api, sedia untuk di ngap..


psstt: ikan dan sambal tu sengaja aku asingkan sebab en.hubby suka makan ikan goreng garing..kena la ikut citarasa beliau..hehe :p
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...