Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

May 1, 2012

masalah sembelit

kongsi pengalaman lagi.. rasanya ramai di kalangan ibu-ibu mengalami masalah sembelit ketika berpantang kan? ke saya je yang kena?? tak kisahlah.. saya nak share ngan korang salah satu cara saya atasi masalah ni selepas bersalin.. apa yang saya amalkan, tiap-tiap hari (dalam pantang) saya ambil phytonatal keluaran nony roguy.. pil ni memang  untuk atasi sembelit di kalangan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. kalau ikut aturan dia..makan 2 biji.. tapi saya makan sebijik pun dah cukup.. bila nak buang air besar tu takdelah seksaa... alhamdulillah.. pil ni serasi dengan saya..

kalau beli set bersalin tropical herbs.. dia sertakan kapsul.. ada 2 botol.. saya makan ni pun mujarab jugak.. saya ambil ni masa berpantang kali kedua hari tu

kekdah lain.. boleh cuba minum pati prun.. ni pun boleh membantu melawaskan sesi pembuangan..

lagi.. boleh cuba minum pysilium husk (sejenis fiber) tapi jangan ambil banyak2.. cukup sekadar satu-dua sudu teh sehari.. dan jangan lupa minum air secukupnya.. hat ni lepas pantang pun boleh makan sebab benda ni serat je. saya masih amalkan pengambilan fiber ni.... yang penting minum air banyak2.. selalu saya minum pysilium husk ngan milo.. rasa macam minum milo plus nestum ja..  sedap jugak...

ok...tu saje..nanti cerita lagi...






Apr 12, 2012

petua kecutkan rahim

kongsi petua berpantang lagi.. kali ni nak share pasal kecutkan rahim pulak.. macam yang kita tahu (walaupun hakikatnya saya takdelah tau sangat pon) kunyit ni banyak khasiat dia..salah satunya membantu kecutkan rahim selepas bersalin.. macam mana caranya? senang aje.. cuma sanggup ngan tak sanggup nak telan je..hehe.. .


Pati kunyit

Bahan
3 inci kunyit hidup - cuci bersih dan parut/tumbuk halus
1/4 cawan air panas

Cara
  1.  satukan kunyit dengan air panas
  2. tapis dan minum airnya..

senangkan? cuma rasa dia hazab sikit..ngeee...

Mar 14, 2012

kurangkan bengkak susu

ni nak cite kejadian yang berlaku masa saya dalam pantang hari tu. hari ketiga selepas saya bersalin , saya mengalami masalah bengkak susu. kalau masa lahirkan iman dulu takde masalah sangat sebab baby boleh direct feeding. tapi kali ni tak sama. sudahnya saya sakit akibat bengkak susu sampai demam2.. walaupun perkara ni dah dekat sebulan berlalu.. tak kiralah.. saya nak cerita jugak... apa yang nak saya kongsikan macam mana nak kurangkan rasa bengkak susu. pada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah ni mesti taukan. betapa sakitnya.. silap haribulan boleh demam macam yang jadi kat saya...

apa yang korang perlu lakukan ialah sediakan kobis .. kalau boleh sebiji.. pastu ambil kelopak kobis tadi dan tekap pada cik B, pastikan anak baju tak terlalu ketat. bila kelopak kobis dah layu, tukar dengan yang baru. ulang lagi sampailah rasa bengkak tu kurang. jangan lupa perah/pum susu bila dah kurang bengkaknya.

kaedah lain, bolah tuam dengan tuala basah. caranya basahkan tuala dengan air biasa dan tuam cik B dengan tuala tadi selama 45 minit, kemudian tuam pulak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam sampai rasa bengkak kurang.. bila dah kurang baru perah/pum susu jugak. 

petua ni saya dapat masa pegi klinik kesihatan seremban. alhamdulillah.. cara yang pertama tu sangat-sangat membantu. dan kalau korang ada cara lain.. mungkin boleh share kat sini jugak.. (:



Mar 13, 2012

petua kurangkan batuk

untuk kali ni saya nak kongsi petua pulak. masa dalam pantang hari tu saya dilanda demam + batuk.. walaupun demam dah baik.. tapi batuk tak ok2 jugak.. satu hari pak mentua saya suh minum air rebusan halia... alhamdulillah. dengan izin Allah.. batuk saya semakin berkurangan... meh tengok resepinya.. (:

Bahan
5 batang serai - ketuk
4 ulas bawang merah - cuci bersih dan belah sikit (kulit bawang jangan dibuang)
3 hiris halia
sedikit lada putih - ketuk
2 mangkuk air
gula perang secukupnya

cara
  1. satukan semua bahan kecuali gula perang dan jerang hingga mendidih.
  2. tambah gula perang ikut kemanisan yang dikehendaki dan tutup api
  3. biarkan air rebusan menjadi suam..bolehlah minum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...