teringin pulak nak minum air kelapa laut atau omputeh panggil sea coconut setelah en.hubby mengwar2kan betapa sedapnya air tu,, kebetulan khamis malam lepas pegi pasar somban.. beli bahan-bahan masak.. ada la jumpa kelapa laut ni..beli sebungkus.. ada dalam 10 biji...
esoknya mak mentua terus buatkan.. sedap ooo... dan hari ni buat lagi jadi sempat le ana tengok camne nak masak kelapa laut supaya menjadi air yang sedap diminum
nak masak air ni kena ada buah lo han serta longan kering.. tujuannya supaya warna air kelapa yang dimasak nanti lebih cantik dan sedap..gambarnya nnt yer..
ok..jom semak resepi
bahan
5 biji kelapa laut - buang kulit, cuci bersih dan hiris/potong
1 biji buah lo han - ambil isinya
2 helai daun pandan
2 biji kurma merah - buang biji- optional
sedikit white fungus - rendam hingga lembut dan buang bahagian yang keras
10-15 biji longan kering
air secukupnya
gula batu secukupnya
cara2
- satukan semua bahan kecuali isi kelapa laut dan gula batu, masak atas api sederhana..
- bila air hampir mendidih.. masukkan isi kelapa laut.. masak selama 1 1/2-2 jam
- tambahkan gula batu -ikut suka nak manis banyak mana..
- sejukkan dan sedia untuk diminum...
kelapa laut (pic en.google)
0 comments:
Post a Comment