putus cinta??
aku rasa rata-rata orang kat luar sana pernah mengalaminya kan?? termasuklah aku. tapi yang aku nak tulis ni bukanlah kisah cinta aku yang dah lama putus tu..cuma nak bercerita sikit.. sikit je . tak banyak pong…
hati yang luka akibat putus cinta ni memang susah nak rawat.. nak-nak lagi kalau cinta yang pertama.. fisrt love la bak kata omputeh kan. waktu-waktu macam ni adalah waktu yang sangat sensitive. masa ni apa saje yang dibuat,pasti akan berkait rapat dengan orang yang suatu masa dulu sangat kita sayangi.
kalau dulu keluar makan sama-sama, tapi sekarang dah tinggal sorang-sorang. kalau dulu selalu g tengok wayang cerita cinta.. tapi la ni kalau boleh nk tengok cite perang.. kalau dulu kau dan aku serasi bersama, dah bertukar.. antara kita terlalu banyak bezanya… senang kata, semua yang indah dulunya dah bertukar rupa.
zaman kelukaan ni, segala macam lagu tangkap nangis adalah sangat merbahaya. sebab apa aku kata bahaya? maunya tak! kalau dah ko baru je break-up ngan bf/gf, tetiba pasang lagu sampai hati dari spring ke, pasti dari kumpulan mega ke dan sedeybedey bagai.. otomatik ayaq mata turun.. kalau xde rasa sedih tu mungkin dia bukan cinta setulus hati la kot. atau anda adalah dipihak orang yang memang nak putus… :p
waktu-waktu macam ni, sokongan keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting. kepedihan akibat dari putus cinta memang menyeksakan jiwa raga. menangislah kalau itu yang bisa mengurangkan beban di hati. tapi ingat, jangan sampai menjejaskan kesihatan diri. jangan lupa, anda mungkin telah kehilangan seorang insan yang amat anda kasihi, tapi, sedarkah anda?? masih ramai lagi di luar sana yang sangat mengasihi anda ?? tak salah meratapi pemergian orang yang sudah tidak lagi sudi menerima kasih sayang anda tapi jangan belebih-lebihan pulak.
masa aku dulu pon, ramai kawan-kawan yang pesan.. pilihlah orang yang menyayangi kita kerana dia pasti akan jaga kita sebaiknya, jangan pilih orang yang kita sayang kelak dia akan pergi tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang..haa..lebih kurang gitu la bunyinya.. tapi aku ni degil..dah kena tinggal baru padan muka..hahaha.. itu aku la..korang jangan tiru pulak. bila dah rasa penangan putus cinta tu barulah sedar diri.
masa ni baru la ingat . nyesal toksah cakap la.. macam-macam perkataan kalau yang keluar..kalaulah dulu aku ikut nasihat si polan ni mesti tak jadi macam ni.. kalau dulu aku buat macam ni..kalau aku itu..kalau aku ini..bla.bla bla.. semua la.. tapi benda dah jadi mana boleh nak betulkan. masa bukan perkara yang boleh diulang-ulang. apa yang berlaku dah jadi sejarah dah pon.
bila dikenang, semua tu adalah pengalaman. satu pengalaman yang bisa mendewasakan kita. bergantung macam mana kita hadapi masalah ni. tak dinafikan ada jugak yang terus hanyut dalam kelukaan, tapi tak kurang jugak yang dah jadi makin matang.
aku sendiri pon, kalau takde sokongan keluarga dan sahabat, tak pasti apa akan jadi. mungkin akan terus melayan hiba dihati..mungkin…..
kadang-kadang sedih tengok sahabat yang dirundung duka. kenapa plak aku nak sedih..bukan aku yang putus cinta pon?? mesti la sedih sebab pernah alami tempoh-tempoh putus tu.. nak-nak lagi kalau putus sebab orang ketiga, rasa diri dikhianati. tapi apa nak buat, dh takde jodoh kan..
mula-mula tu memang susah nak terima. orang kata kita hanya perlukan masa yang sekejap untuk menyukai seseorang tetapi mengambil masa hampir seumur hidup untuk melupakannya. hebat otak manusia ni…
apa yang boleh aku katakan, biarlah masa menentukannya. kalau hari-hati kita selalu dibayangi kekasih hati, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. belajar untuk melupakan dan menerima hakikat, orang itu bukan milik kita. terima ketentuan dengan hati yang terbuka, pasti ada hikmahnya…
0 comments:
Post a Comment