Jun 24, 2011

Review: Skin Food Milk Shake Point Make Up Remover


cerita tentang Skin Food lagi..

 
Skin Food Milk Shake Point Make Up Remover
RM39.00
160 ml

yang ni pon sama jugak, beli sekali dengan Skin Food Shea Butter Hand Lotion
dah guna banyak kali untuk tanggalkan make-up terutamanya make up di bahagian mata dan jugak lipstik..

 dan inilah rupanya, sebenarnya dia ada dua layer tapi terlupa pulak nak snap. bila nak guna, goncang botol dan tuang je atas cotton pad

 nak buat review punya pasal, aku calit la sikit eyeliner, lipstik dan eye shadow kat tangan .. pssttt....sila abaikan kekedutan dan urat-urat yang ada tu yer.. :P

haaa.. nampak tak apa yang ada kat cotton pad tuh?? itulah dia hasil calitan yang berjaya ditanggalkan oleh Milk Shake Point Make Up remover keluaran Skin Food..

 tadaaa.. bersihkan?? .. bau milk shake ni tak kuat sangat..best tau bau dia..  kiranya tak rasa terganggu bila gunakannya..

.. ni macam yang dikatakan tadi, ada dua layer..

tarikh yang tertera pada bungkusan/label tu bukanlah tarikh expired ye puan-puan.. bila nampak je tarikh ni bermakna produk yang dibeli dibuat pada tarikh tersebut (klu tak silap)
yang pastinya bukan tarikh tamat tempoh..

ada sesiapa yang tergoda untuk memilikinya?? tak susah.. pegi je kat kedai Skin Food yang berdekatan anda.. jangan lupa bawak duit/kad kredit/kad debit yer.. kang sia-sia je keluar...(pernah jadi kat aku) :p

oklah.. rasanya dah cukup kot penerangan aku pasal produk ni, kalau rasa curiga/was-was atau ada sebarang kemusykilan.. pegi je kat Fb skin food malaysia.. mereka sedia menjawab segala kemusykilan anda...

1 comments:

sugarmouse said...

betul anggaran anda. tarikh yang ada pada botol tuh bukan tarikh lupus tetapi tarikh pembuatan (manufacturing date)! :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...