Jun 11, 2011

kacang panjang goreng bilis



hari minggu macam ni kalau ada kesempatan aku akan masak kat umah.. kalau tak sempat.. alamatnya tapau je la kat luar nun. kali ni aku nak share pasal kacang panjang pulak.. aku ni bukanlah jenis yang suka makan kacang panjang, tapi ada satu hari tu pak mentua aku masak kacang ni..eceh.. tersuka pulak. :p

tapi kacang yang aku guna ni jenis yang montel-montel gitu.. yang jenis montel-montel plus gebu nih rasanya lagi manis berbanding kacang panjang kurus... tak caye?? g pasar nanti korang cari kacang panjang montel ni pastu try masak.. pastu gerenti tersuka macam aku jugak..hehehe..ok.. jom tengok !!

Bahan-bahan

1 ikat kacang panjang montel - potong ikut suka dan goreng dengan minyak
semangkuk kecil ikan bilis - goreng garing
3 biji cili padi - hiris / cincang
1 ulas bawang merah - goreng garing
1 ulas bawang putih - cincang
sedikit kicap cair
air  - jika perlu
garam & gula - jika perlu
minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi
  2. masukkan kacang panjang yang telah digoreng terlebih dahulu
  3. masukkan cili , kicap cair & sedikit air ( kalau nak kuah)
  4. kacau sebentar dan masukkan bawang goreng
  5. akhir sekali baru masukkan ikan bilis goreng
  6. perasakan dan sedia untuk dihidang..

p/s: kicap cair tu agak2 la yer.. kalau dah masin tak payah letak garam lagi sebab kicap dengan ikan bilis tu dah sedia masin.. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...