Sep 13, 2011

Review: Skin Food Black Sugar Jelly Foam

 kali ni nak gebang pasal produk pulaklah.. produk yang nak diceritakan kali ni ialah


Skin Food Black Sugar Jelly Foam
RM45.00 (kalau beli kat outlet RM55.00 ke RM57.00.. x ingat)

yang ni ana beli dengan whimsicalneed .. sayangnya diaorang dah tak ambil pre-order, cuma jual yang ready stock aje.. 
sepanjang guna black sugar jelly foam ni. rasanya takde apa yang best sangat pon. sama je macam pencuci muka yang lain.. baunya lebih kurang sama macam black sugar mask wash off..
habiskan yang ni dulu pastu baru pk nak tukar ..hehe
 



Sep 10, 2011

homemade kaya


memandangkan petang nanti baru naik umah sewa.. jadi sempat la ana tengok macam mana mak mentua buat kaya.. mudah aje rupanya.. kalau nak cuba boleh guna sukatan macam yang ana tulis tu yer..kalau nak buat sikit..hanya guna separuh dari sukatan asal tu.. kaya buatan sendiri ni boleh tahan seminggu tapi pastikan disimpan dalam peti ais yer..


Bahan

santan dari 2 biji kelapa -jadikan santan pekat
2 cawab gula
7 biji telur
5 helai daun pandan

Cara

  1. satukan telur  dengan 1 cawan gula, kacau sebati dan ketepikan
  2. panaskan kuali, masak baki 1 cawan gula tadi hingga menjadi gula hangus
  3. tambahkan santan perlahan-lahan dan kacau sebati..
  4. masukkan bancuhan telur dan gula serta daun pandan.. kacau hingga kaya menjadi pekat dan warna bertukar ke perang..pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan kaya dari hangit..
  5. bila dah masak, padamkan api,keluarkan daun pandan, salin dalam mangkuk untuk sejukkan kaya sebelum disimpan
selamat mencuba 

Sep 9, 2011

Sup ayam

ok.. ni menu awal2 syawal hari tu.. permintaan dari adik yang teringin sangat nak makan sup ayam.. tak banyak bahan yang diperlukan.. yang penting kena ada sup bunjut.. selalunya bila ana masak sup.. memang guna serbuk sup bunjut je sebagai rempah dia.. beli sebungkus sup bunjut tu.. boleh guna 3-4 kali k. sebelum guna tu, jangan lupa bukak ikatan sup bunjut,, pastu blend/tumbuk ramuan rempah-rempah yang ada kat dalam tu sampai jadi serbuk..bila nak masak.. cuma guna 1/4-1/2 sudu teh je... jimat kan...ok.. jom tengok camne resepinya



Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - potong ikut suka, cuci bersih dan tos
2 ulas bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 biji kentang - potong baji
1/2 inci halia - hiris
1/2 sudu teh serbuk sup bunjut (ana guna adabi)
lada hitam/lada sulah - ikut suka nak letak byk mana
air secukupnya
garam & gula
minyak untuk menumis


Cara
  1. panaskan minyak, tumis bebawang hingga garing, masukkan serbuk sup bunjut, halia &  tumis sebentar
  2. masukkan ayam & kentang, kacau hingga ayam  kecut sedikit..
  3. tambah air , lada hitam/sulah dan biarkan hingga sup mendidih 
  4. reneh sup hingga  ayam & kentang empuk
  5. perasakan dan siap untuk di hidang

selalu buat sup ni suka hirup kuah dia .. makan dengan bihun pon sedap jugak...sape yang suka pedas..tambah je cili kicap...sonang.. (:

    hikmah di sebalik ujian

    bohong rasanya kalau kita tak pernah di uji kan? tak kiralah macam mana pun bentuk ujian yang kita terima.. semua tu ada hikmahnya.. nak-nak lagi kalau ujian tu lebih kepada bentuk kesusahan/kepayahan/kesedihan/kehilangan dan segala macam perkara yang sewaktu dengannya...

    adakalanya kita merungut (ni den rujuk diri sendiri) bila kita di uji... persoalan kenapa dan  mengapa? sering keluar setiap kali kita di uji kan.. sebab waktu itu kita tak nampak lagi hikmah di sebalik setiap ujian yang menimpa .. saya sendiri adakalanya mengeluh jugak bila di uji.. (tak baik sebenarnya tau.. korang kat sana  tu jangan tiru sifat ni..) tapi bila hati kita tenang..waktu ni kita boleh berfikir secara waras.. jika dipandang dari sudut yang positive .. mesti ada sebab semua itu (ujian) terjadi.. tanpa sedar kadang-kala apa yang dah jadi tu sedikit sebanyak..ada kaitan dengan sikap kita jugak.. dah menjadi lumrah.. selalu nampak salah orang tanpa menyedari kesilapan sendiri..... 

    perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita.. kalau semalam kita dilanda duka.. dan hari ini kita mendapat perkhabaran gembira.. bukankah itu satu nikmat??

    setiap kali mendapat nikmat..bersyukurlah walaupun tak sebesar mana nikmat yang diperolehi kerana bagi insan lain.. ia mungkin sangat bermakna..

    bila kita di uji.. itu tandanya Allah sayangkan kita.. jadi..jangan merungut yer.. (ingatan untuk diri sendiri)


    Sep 8, 2011

    lemon chicken

    yippiee... eh! macam nama akaun maybank untuk kanak-kanak pulak yer..hahaha..apa kena mengena pulak yippie ngan lemon chicken nih?? hohoho.. xde kena mengena pon... :p

    yelah2.. nak taip resepi lah ni.. merepek je den pepetang ni...jom skodeng.. dapur sape yang diterjah kali ni.. yeaa.. dapur noreen.. cuma ada la step yang tak ikut sebab guna apa yang ada kat dapur je.. ni pon sebab nak perabihkan sebiji lemon yang terperap dalam peti es tu haa... layan gak makan lemon chicken nih..gambar sebenar akan ku upload kendianlah yer...ni pinjam gamba en.google dulu..hehe






    Bahan-bahan

    1/2 ekor isi ayam - bersihkan dan potong kecil
    1/4 sudu teh serbuk lada hitam*
    1/4 sudu teh serbuk lada putih*
    garam & gula*
    tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
    minyak untuk menggoreng


    Cara
    1. perap ayam dengan bahan bertanda *
    2. salut ayam dengan tepung jagung dan goreng hingga kuning keemasan/masak..
    3. siap..

    Bahan-bahan sos

    4 sudu makan jus lemon (ana guna 1/2 biji je)
    5 sudu makan gula pasir (letak 3 sudu je rasanya)
    3 sudu makan tepung jagung
    300ml air atau secukupnya bergantung pada kepekatan kuah yang diingini (ana letak 200ml)
    1 sudu makan cuka (tambah sikit jer)
    setitik dua lemon paste - kalau tak ada pun tak apa cuma lebihkan jus lemon (yang ni tak letak pon)
    50 ml jus oren (memandai tambah.)

    Cara
    1. satukan semua bahan dan masak hingga sos pekat..padam api dan sedia untuk di hidang
    2. cara hidang terpulang sama ada nak curah atas ayam atau biar je dalam mangkuk.. ana lebih suka biarkan sos dalam mangkuk..sape2 nak makan.. sendiri celup laaaa...hehe.. 



    sukarnya memberi kemaafan

    "Jangan bersedih, maafkan kesalahan orang lain itu lebih baik..."

    kalau anda pernah membaca buku La tahzan, nukilan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.. pasti akan jumpa ayat ni dalam buku beliau.. satu waktu dulu.. saya sendiri pernah mengalami kekecewaan dalam hidup.. baik dari segi kehidupan, keluarga, pelajaran maupun percintaan. semuanya datang serentak dan masalah itu sangat membebankan.. pernah rasa putus asa dengan hidup.. bertapa rapuhnya keimanan saya ketika itu.. sering bertanya.. kenapa aku yang dipilih untuk menghadapi ujian yang hebat ini ?? tapi..syukur alhamdulillah... ada insan yang menyedarkan saya betapa berdosanya saya kerana mempertikaikan apa yang telah Allah SWT ciptakan untuk saya ketika itu..(ampunkan aku ya Allah kerana bersikap sebegitu)... seorang teman maya telah menasihatkan saya.. kalau hati masih lagi di landa kesedihan walau beribu kali nasihat telah diberikan oleh teman-teman... bacalah buku ni (La Tahzan) .. hati saya ketika itu menolak untuk menerima nasihat beliau.. bila hati di penuhi rasa kecewa/putus asa..kita memang mudah bersikap negetif.. 

    suatu hari ketika berjalan-jalan di KLCC,, terlintas untuk memasuki satu kedai buku.. saya terjumpa dengan buku yang di maksudkan oleh sahabat .. saya tatap kulit buku dan menyelak helaiannya perlahan-lahan.. pertama kali membacanya.. hati  rasa sedikit tenang.. kata-kata yang diterjemahkan sangat menyentuh hati..tanpa berlengah.. buku itu saya beli..membacanya bagaikan memberikan satu kesedaran dalam diri bertapa bertuahnya kita diuji.. mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.. belajar menerima hakikat..setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...

    saya mula berfikir.. walaupon hati ini sakit bila dikhianati serta dianiaya oleh insan-insan yang ada disekeliling saya.. sebenarnya masih ramai hamba Allah yang mengasihi.. tanpa sedar..setiap perbuatan saya yang berdendam.. membuatkan diri sendiri tidak bahagia..

    memberi kemaafan bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya.. lebih-lebih lagi jika pengkhianatan yang diterima luar biasa hebatnya..  suatu waktu dahulu saya adalah insan yang sangat sukar untuk memaafkan semua orang yang menyakiti diri ini baik dari segi fizikal mahupun mental... pengalaman lepas menjadikan saya seorang yang sangat pendiam dan  pendendam... tapi bila difikirkan segala dendam yang ada dalam hati sebenarnya memakan diri saya sendiri.. sukar untuk bahagia... saya akui kebenarannya... 

    bukan mudah untuk memaafkan.... sehingga kini,, saya masih cuba untuk belajar memaafkan setiap kesilapan orang-orang disekeliling saya.. kerana sedar.. saya sendiri pun tidak sesempurna mana.. setiap hari saya mohon supaya saya berupaya memaafkan semua orang.. bertapa sukarnya memberi kemaafan yang benar-benar ikhlas...

    sedaya upaya cuba mengusir rasa dendam yang bermukim di hati... semoga saya berjaya memaafkan mereka.. dan semoga sesiapa yang diluar sana merasakan saya telah menyakiti kalian.. mohon kemaafan..




    Sep 7, 2011

    cite tentang iman lah pulak

    asik tayang masak-masak je.. nak tayang gambar iman pulak lah..hehe... 


    bergaya dengan iman
     papa dan iman


    srott sroot... iman minum susu..hihi


    ntah apa la yang mak lang dia buat samapai iman ketawa gini..hehe

     iman ngan mak lang...


    ayam percik

    ok.. resepi seterusnya yang ada dalam simpanan.. ayam percik lah pulak.... resepi ni mintak kat kak hima.simple tapi tetap sedap..ana masak campak2 je ni.. tak berapa ingat sangat sukatan dia.  main agak2 je tau..... kalau ada yang nak cuba.. pandai2lah ejas rasanya erk....



    Bahan:

    1/2 ekor ayam potong 5-6, cuci bersih dan tos
    1 inci halia*
    3 ulas bawang putih*
    4 ulas bawang merah*
    2 sudu pes cili kering
    santan seckupnya - ana guna santan kotak kecil
    1 helai daun limau purut -
    1 batang serai - ketuk
    garam & gula secukupnya
     

    Cara:
    1. blend/tumbuk bahan-bahan bertanda *. ambil separuh bahan tumbuk dan perapkan ayam bersama dengan sedikit garam dalam 30 minit.
    2. campur lebihan bahan tumbuk dengan semua bahan-bahan lain dan masak atas api
    3. perasakan kuah dan masukkan ayam yang telah diperap tadi .. biarkan 1/2 masak,  keluarkan ayam dan bakar hingga ayam masak sepenuhnya.
    4. kacau lebihan kuah yang tinggal hingga pekat.
    5. setelah ayam masak.. curah kuah atas ayam dan sedia untuk dihidang...

    rumah ana takde oven.. jadi ana bakar atas dapur biasa je.. guna aluminium foil .. jadi jugak..hehe..

    Rich Choc Pudding


    haa.. kan masa masak nasi beriani hari tu ana ada buat puding kan.. so kat sini nak share ngan korang pulak resepi puding coklat yang ana tengok kat dapur kak nor... tengok pic kat blog kak nor tu mak aihh.. menggoda sungguh.. cantik je acuan yang dia guna tu.. tapi sebab malas nak p beli acuan yang cute miut.. ana guna bekas biasa je la.... tapi rasa puding ni memang sedap .. walaupon tanpa fruit cocktail...kalau korang memang penggemar coklat.. pasti korang akan suka dengan rasanya.. en.hubby suka puding ni.. jadi nanti boleh buat lagi..heheehe.. jom memuding..



    resipi : Jun Yummilicous

    Bahan-bahan:
     
    1/2 cawan serbuk koko
    1 cawan gula
    1/2 cawan susu tepung
    1/2 sudu teh garam
    4 1/4 cawan air
    4 sudu besar tepung jagung
    1/2 sudu teh esen vanilla
    3 sudu besar butter
    1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

    fruit cocktail secukupnya ~ tambahan -  ana tak letak sebab lupa beli...

    Bahan Kuah Kastard:

     
    1 cawan susu cair
    1 cawan air
    1/2 sudu besar tepung kastard
    2 - 3 sudu besar gula

    Cara:
     
    Utk puding:

    1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
    2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
    3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
    Kuah Kastard:
     
    1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
    2. Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
    Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.

    ** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

    Nasi Beriani + rendang ayam + acar mentah + puding

    wahh..lama betul tak menaip entry.. kosong je umah ni...huhuhu

    oklah.. meh nak share dua tiga resepi yang dah buat sepanjang syawal tahun ni.. hari ni experiment yang di buat  ..jeng je jeng... masak nasi beriani makan dengan rendang ayam geng ngan acar mentah..perghh.. seb bek menjadi... tak sia-sia study depan pc..hahaha..

    pepagi lagik dah sebuk dok prepare bahan-bahan nak masak.. bukan apa.. kawan adik dah kata nak datang tengahari ni.. so..kena la cepat-cepat masak.. kang tak sempat pulak..kan...

    kali ni ana ikut resepi dari pn. Zakiah Zainudin  .. dan alhamdulillah.. menjadi jugak nasi beriani gue .. masak untuk 8 orang makan.. ..resepi untuk nasi beriani ni ana cnp je dari fotopages Pn Zakiah tu.. cuma sebab masak banyak.. jadi gandakan bahan-bahannya..hehe.. untuk lauk tu pulak, buat rendang ayam jer.. buat pulak acar mentah..huhu..kira ngam la tuh... untuk acar tu amik kat my resepi .. sumbangan dari choppy.. simple tapi tetap sedap.. tak caye?? g la buat sendiri. tapi maaflah yer.. pic tak berapa nak cantek coz terlupa nak snap masa tengah banyak.. dah tinggal ciput baru teringat nak ambik gambarnya..untuk puding pulak.. nanti yer kita up-date.. (:





    RESEPI NASI BERIANI :

    beras basmathi (sukatan 1 cwn beras + 1 1/4 cwn air)
    Rempah beriani (kalau takde ikut method di atas) - 1-2 sudu besar (ikut banyak beras)
    Minyak sapi - 2-4 sudu besar (ikut banyak mana beras)
    Rempah penumis - kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
    Bawang besar - 1 biji
    Bawang putih - 2 biji besar
    Halia - 2-3 cm
    Daun pandan disimpul (tak letak sebab lupa beli)
    Garam

    Cara :

    1) Beras dibasuh dan ditos.
    2) Panaskan minyak sapi.
    3) Tumiskan bawang2, halia dan rempah penumis, daun pandan yang disimpul.
    4) Bila bawang2 garing, masukkan rempah beriani, dikacau rata.
    5) Biarkan sebentar.
    6) Padamkan api dan campurkan masakan rempah beriani ini ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
    7) Kacau rata, masukkan air secukupnya dan garam, kalau tak pasti, rasa campuran ini.
    Kalau nak sedap, campurkan susu cair atau fresh milk, gantikan 3/4 cwn air dgn 3/4 cwn susu.

    Resepi Acar


    1 batang timun -  dibuang tgh dan hiris memanjang
    1 biji nenas -  buangn empulurnya dan hiris 
    1 biji cili merah -  hiris 
    1 batang lobak merah -  hiris memanjang
    bwang besar - hiris (tak letak sebab tak suka..hahaha)
    cuka secukupnya
    gula secukupnya
    sos cili  secukupnya - ana tambah sendiri..hihi


    Cara-cara


    1. satukan semua bahan hiris dalam mangkuk 
    2. tambahkan cuka dan gula (ikut selera korang nak manis/masam banyak mana)
    3. masukkan sos cili dan gaul sebati....
    4. sedia untuk di hidang...


     selamat mencuba..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...