semalam keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan memaksa diri untuk ke klinik.. sampai je kat klinik tu.. nampak sepasang suami isteri bersama dengan anak-anak mereka.. salah seorang anak tu kelihatan sangat kasihan.. keadaan badannya tak seperti kanak-kanak lain.. fizikalnya yang sangat kurus membuatkan dia tak mampu bergerak sendrir, terpaksa di dukung oleh ibunya.. dikurniakan anak yang sebegitu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. sebab apa? bukan senang nak jaga anak yang istimewa.. menjaga dan melayan mereka sangat mencabar sebenarnya.. merenung keluarga itu keluar dari kawasan klinik.. membuatkan hati ini terfikir.. alangkah beruntungnya saya bila dikurniakan seorang anak yang sihat tubuhnya.. sempurna sifatnya dan comel. sempat lagi puji anak sendiri..hehe
bila diperhatikan.. bertapa betuahnya saya walaupon sebelum ni banyak dugaan dan ujian yang kalau tak cukup sabar dan tabah.. boleh membuatkan seseorang tu terpesong jauh... alhamdulillah... melihat kehidupan sekarang...saya bersyukur dengan segala ujian yang pernah dihadapi dulu..
hidup kita tak selalunya bahagia.. sedikit sebanyak pasti ada jugak perkara yang melukakan.. tapi sekurang-kurangnya kita masih dilandasan yang betul...
walau apa pun yang terjadi.. bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk merasa semua tu...
tak ada apa yang nak diceritakan sangat sebenarnya.. cuma sekadar mengingatkan sesama kita..
...bersyukurlah dengan apa yang ada...
3 comments:
Ye betul... Kalo kita rasa kita ni malang, sebenarnya ada ramai lagi org yg lebih malang drpd kita.
bersyukur la dengan apa yang ada
mmg kadang2 kita lupa statement tu
selalu mengeluh dan merintih saja
kita lupa yang Allah kurniakan kita lebih dari org lain
tapi kita x nampak
lyn: betul tu..
momoy: betul betul.. bila x nampak kesusahan org lain.. kdg2 kita rasa kitalah manusia plg malang skali.. tp bila kita nampk..sekurang-kurangnya..bersyukurlah...
Post a Comment