Aug 26, 2011

pari bakar berempah

memandangkan hari ni cuti.. jadi bolehlah berasapkan dapur..tapi kali ni den memberasapkan dapur umah mentua pulak sebab pagi-pagi lagi pak mentuo den dah pesan. "ana..ayah ada beli ikan pari..nanti ana masak yer.." dengan penuh hormat..den angguk je la.. dalam hati ni ..ah sudah... seumur hidup.. aku tak pernah masak ikan pari...camno nak buek ni...???  dalam kepala ni dah pikir dah..apa aku nak buat dengan si pari-pari ni..huhu..

tetiba ... teringat..hari tu ada jengah dapur Dayang Jack(DJ).. kebetulan dia ada buat ikan bakar guna ikan pari...hehehe...penyelamatku.... cepat-cepat on netbook.. tengok apa bahan yang perlu.. operasi pon bermula... tapi sebab ikan pari yang ada tu 4 ketul.. den doublekan bahan-bahannya.. alhamdulillah.. menjadi dan serius cakap.. rasa dia sangat sedap..pasni kalau nak makan ikan bakar.. takyah susah-susah g kuchai lama.. buat sendiri jer...bila dah siap semuanya.. sekali aluminium foil pulak takde...tapi takper..masih boleh diselamatkan.. jadi la ikan pari bakar berempah + berkuah..hehe.. terima kasih yang tak terhingga pada DJ kerana sudi share resepi ni.. eh!! panjang pulak intro kali ni..ok..ok..jom tengok resepi dari DJ nih...



bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap! (ana tak perah sebab buat berkuah)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...