Sep 21, 2011

nasi tomato

kali ni nk share ngan korang resepi nasi tomato pulak.. macam biasa.. asal nak masak je.. p geledah  dapur orang.. dan untuk sekian kalinya.. g jengah dapur  kak nor lagi..hehe.. jom tengok camno nak buek nasi tomato.. resepi asal dari Che De Sam.. thank to che de sam n kak nor coz sudi share menu yang simple lagi sedap... (:



NASI TOMATO by Che De Sam
sumber: kak nor(secubitgaram)

Bahan:-

5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup - ana tak letak sebab tak ada

Bahan Tumis:-

3 ulas bawang putih - hiris

5 ulas bawang merah - hiris

1 inci halia - hiris

3 biji buah pelaga

3 kuntum cengkih

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

Sep 20, 2011




Sep 18, 2011

putus cinta??

aku rasa rata-rata orang kat luar sana pernah mengalaminya kan?? termasuklah aku.  tapi  yang aku nak tulis ni bukanlah kisah cinta aku yang dah lama putus tu..cuma nak bercerita sikit.. sikit je . tak banyak pong…

hati yang luka akibat putus cinta ni memang susah nak rawat.. nak-nak lagi kalau cinta yang pertama.. fisrt love  la bak kata omputeh kan.  waktu-waktu macam ni adalah waktu yang sangat sensitive. masa ni apa saje yang dibuat,pasti akan berkait rapat dengan orang yang suatu masa dulu sangat kita sayangi.

kalau dulu keluar makan sama-sama, tapi sekarang dah tinggal sorang-sorang. kalau dulu selalu g tengok wayang cerita cinta.. tapi la ni kalau boleh nk tengok cite perang.. kalau dulu kau dan aku serasi bersama, dah bertukar..  antara kita terlalu banyak bezanya… senang kata, semua yang indah dulunya dah  bertukar rupa.

zaman kelukaan ni, segala macam lagu tangkap nangis adalah sangat merbahaya. sebab apa aku kata bahaya? maunya tak! kalau dah ko baru je break-up ngan bf/gf, tetiba pasang lagu sampai hati dari spring ke, pasti dari kumpulan mega ke dan sedeybedey bagai.. otomatik ayaq mata turun.. kalau xde rasa sedih tu mungkin dia  bukan cinta setulus hati la kot. atau anda adalah dipihak orang yang memang nak putus… :p

waktu-waktu macam ni, sokongan keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting.  kepedihan akibat dari putus cinta memang menyeksakan jiwa raga. menangislah kalau itu yang bisa mengurangkan beban di hati. tapi ingat, jangan sampai menjejaskan kesihatan diri. jangan lupa, anda mungkin telah kehilangan seorang  insan yang amat anda kasihi, tapi, sedarkah anda?? masih ramai lagi di luar sana yang sangat mengasihi anda ?? tak salah meratapi pemergian orang yang sudah tidak lagi sudi menerima kasih sayang anda tapi jangan belebih-lebihan pulak.

masa aku dulu pon, ramai kawan-kawan yang pesan.. pilihlah orang yang menyayangi kita kerana dia pasti akan jaga kita sebaiknya, jangan pilih orang yang kita sayang kelak dia akan pergi tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang..haa..lebih kurang gitu la bunyinya.. tapi aku ni degil..dah kena tinggal baru padan muka..hahaha.. itu aku la..korang jangan tiru pulak. bila dah rasa penangan putus cinta tu barulah sedar diri.

masa ni baru la ingat . nyesal  toksah cakap la.. macam-macam perkataan kalau yang keluar..kalaulah dulu aku ikut nasihat si polan ni mesti tak jadi macam ni.. kalau dulu aku buat macam ni..kalau aku itu..kalau aku ini..bla.bla bla.. semua la.. tapi benda dah jadi mana boleh nak betulkan. masa bukan perkara yang boleh diulang-ulang. apa yang berlaku dah jadi sejarah dah pon. 

bila dikenang, semua tu adalah pengalaman. satu pengalaman yang bisa mendewasakan kita. bergantung macam mana kita hadapi masalah ni. tak dinafikan ada jugak yang terus hanyut dalam kelukaan, tapi tak kurang jugak yang dah jadi makin matang.

aku sendiri pon, kalau takde sokongan keluarga dan sahabat, tak pasti apa akan jadi. mungkin akan terus melayan hiba dihati..mungkin…..

kadang-kadang sedih tengok sahabat yang dirundung duka.  kenapa plak aku nak sedih..bukan aku yang putus cinta pon?? mesti la sedih sebab pernah alami tempoh-tempoh  putus tu..  nak-nak lagi kalau putus sebab orang ketiga, rasa diri dikhianati. tapi apa nak buat, dh takde jodoh kan..

mula-mula tu memang susah nak terima. orang kata kita hanya perlukan masa yang sekejap untuk menyukai seseorang tetapi mengambil masa hampir seumur hidup untuk melupakannya. hebat otak manusia ni…

apa yang boleh aku katakan, biarlah masa menentukannya. kalau hari-hati kita selalu dibayangi kekasih hati, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang  berfaedah. belajar untuk melupakan dan menerima hakikat, orang itu bukan milik kita. terima ketentuan dengan hati yang terbuka, pasti ada hikmahnya…








makan-makan

buat jamuan sikit untuk kawan-kawan pejabat en.hubby se minggu lepas..tapi sebab sibuk layan tetamu..sampai lupa nak ambil gambar siapa yang datang.. dapat 2-3 keping je .. jadilah dari tak ada kan..



antara menu yang dihidang.. nasi beriani, rendang ayam beriani,acar mentah, makaroni goreng..fruit jelly.. moocake jelly, puding keju..tembikai dengan kuih raya sikit... untuk nasi beriani tu masih guna resepi yang ana pernah cuba dulu.. cuma rendang tu ana tambah rempah beriani sikit.. jadilah  rendang ayam beriani..haha.. 


puding keju ni pun tengok  resepi kak nor.. sedap..
fruit jelly pon ikut resepi kat blog kak nor jugak.. yang sebelah tu mooncake jelly, buah tangan dari wife adik ipar .. ada dua tiga perisa yang dia buat.. tapi yang ni aje yang sempat ana snap.. hak lain dah selamat..



sea coconut

teringin pulak nak minum air kelapa laut atau omputeh panggil sea coconut setelah en.hubby mengwar2kan betapa sedapnya air tu,, kebetulan khamis malam lepas pegi pasar somban.. beli bahan-bahan masak.. ada la jumpa kelapa laut ni..beli sebungkus.. ada dalam 10 biji... 

esoknya mak mentua terus buatkan.. sedap ooo... dan hari ni buat lagi jadi sempat le ana tengok camne nak masak kelapa laut supaya menjadi air yang sedap diminum

 nak masak air ni kena ada buah lo han serta longan kering.. tujuannya supaya warna air kelapa yang dimasak nanti lebih cantik dan sedap..gambarnya nnt yer..

ok..jom semak resepi



bahan
5 biji kelapa laut - buang kulit, cuci bersih dan hiris/potong
1 biji buah lo han - ambil isinya
2 helai daun pandan
2 biji kurma merah - buang biji- optional
sedikit white fungus - rendam hingga lembut dan buang bahagian yang keras
10-15 biji longan kering
air secukupnya
gula batu secukupnya

cara2
  1. satukan semua bahan kecuali isi kelapa laut dan gula batu, masak atas api sederhana..
  2. bila air hampir mendidih.. masukkan isi kelapa laut.. masak selama 1 1/2-2 jam
  3. tambahkan gula batu -ikut suka nak manis banyak mana..
  4. sejukkan dan sedia untuk diminum...
 kelapa laut  (pic en.google)


Sep 13, 2011

Review: Skin Food Lettuce & Cucumber Jelly Cream

 nak cite pasal skin food lagi.. 
kali ni review: Skin food Letture & Cucumber Jelly Cream
RM45 (outlet: RM57.00) kalau x silap.. 
di datangkan dalam jar kaca dengan isinya 100g
bentuk packaging yang sangat cute.. tapi bagi ana macam tak berapa sesuai untuk di bawak travel..berat gak kalau nak usung kulu kilir...

rupa dia memang macam tajuklah.. seakan-akan jelly..
bau yang sedap -->> bau timun..
pakai cream ni sebagai moisturizer untuk siang... 
sangat sesuai untuk mereka-mereka yang bekerja dalam cuaca sejuk@duk bawah ekon..
setakat ana guna ni.. ok je.. serasi ngan kulit..
untuk krim malam??..
masih lagi setia ngan Hadanomy (:



Review: Skin Food Black Sugar Jelly Foam

 kali ni nak gebang pasal produk pulaklah.. produk yang nak diceritakan kali ni ialah


Skin Food Black Sugar Jelly Foam
RM45.00 (kalau beli kat outlet RM55.00 ke RM57.00.. x ingat)

yang ni ana beli dengan whimsicalneed .. sayangnya diaorang dah tak ambil pre-order, cuma jual yang ready stock aje.. 
sepanjang guna black sugar jelly foam ni. rasanya takde apa yang best sangat pon. sama je macam pencuci muka yang lain.. baunya lebih kurang sama macam black sugar mask wash off..
habiskan yang ni dulu pastu baru pk nak tukar ..hehe
 



Sep 10, 2011

homemade kaya


memandangkan petang nanti baru naik umah sewa.. jadi sempat la ana tengok macam mana mak mentua buat kaya.. mudah aje rupanya.. kalau nak cuba boleh guna sukatan macam yang ana tulis tu yer..kalau nak buat sikit..hanya guna separuh dari sukatan asal tu.. kaya buatan sendiri ni boleh tahan seminggu tapi pastikan disimpan dalam peti ais yer..


Bahan

santan dari 2 biji kelapa -jadikan santan pekat
2 cawab gula
7 biji telur
5 helai daun pandan

Cara

  1. satukan telur  dengan 1 cawan gula, kacau sebati dan ketepikan
  2. panaskan kuali, masak baki 1 cawan gula tadi hingga menjadi gula hangus
  3. tambahkan santan perlahan-lahan dan kacau sebati..
  4. masukkan bancuhan telur dan gula serta daun pandan.. kacau hingga kaya menjadi pekat dan warna bertukar ke perang..pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan kaya dari hangit..
  5. bila dah masak, padamkan api,keluarkan daun pandan, salin dalam mangkuk untuk sejukkan kaya sebelum disimpan
selamat mencuba 

Sep 9, 2011

Sup ayam

ok.. ni menu awal2 syawal hari tu.. permintaan dari adik yang teringin sangat nak makan sup ayam.. tak banyak bahan yang diperlukan.. yang penting kena ada sup bunjut.. selalunya bila ana masak sup.. memang guna serbuk sup bunjut je sebagai rempah dia.. beli sebungkus sup bunjut tu.. boleh guna 3-4 kali k. sebelum guna tu, jangan lupa bukak ikatan sup bunjut,, pastu blend/tumbuk ramuan rempah-rempah yang ada kat dalam tu sampai jadi serbuk..bila nak masak.. cuma guna 1/4-1/2 sudu teh je... jimat kan...ok.. jom tengok camne resepinya



Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - potong ikut suka, cuci bersih dan tos
2 ulas bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 biji kentang - potong baji
1/2 inci halia - hiris
1/2 sudu teh serbuk sup bunjut (ana guna adabi)
lada hitam/lada sulah - ikut suka nak letak byk mana
air secukupnya
garam & gula
minyak untuk menumis


Cara
  1. panaskan minyak, tumis bebawang hingga garing, masukkan serbuk sup bunjut, halia &  tumis sebentar
  2. masukkan ayam & kentang, kacau hingga ayam  kecut sedikit..
  3. tambah air , lada hitam/sulah dan biarkan hingga sup mendidih 
  4. reneh sup hingga  ayam & kentang empuk
  5. perasakan dan siap untuk di hidang

selalu buat sup ni suka hirup kuah dia .. makan dengan bihun pon sedap jugak...sape yang suka pedas..tambah je cili kicap...sonang.. (:

    hikmah di sebalik ujian

    bohong rasanya kalau kita tak pernah di uji kan? tak kiralah macam mana pun bentuk ujian yang kita terima.. semua tu ada hikmahnya.. nak-nak lagi kalau ujian tu lebih kepada bentuk kesusahan/kepayahan/kesedihan/kehilangan dan segala macam perkara yang sewaktu dengannya...

    adakalanya kita merungut (ni den rujuk diri sendiri) bila kita di uji... persoalan kenapa dan  mengapa? sering keluar setiap kali kita di uji kan.. sebab waktu itu kita tak nampak lagi hikmah di sebalik setiap ujian yang menimpa .. saya sendiri adakalanya mengeluh jugak bila di uji.. (tak baik sebenarnya tau.. korang kat sana  tu jangan tiru sifat ni..) tapi bila hati kita tenang..waktu ni kita boleh berfikir secara waras.. jika dipandang dari sudut yang positive .. mesti ada sebab semua itu (ujian) terjadi.. tanpa sedar kadang-kala apa yang dah jadi tu sedikit sebanyak..ada kaitan dengan sikap kita jugak.. dah menjadi lumrah.. selalu nampak salah orang tanpa menyedari kesilapan sendiri..... 

    perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita.. kalau semalam kita dilanda duka.. dan hari ini kita mendapat perkhabaran gembira.. bukankah itu satu nikmat??

    setiap kali mendapat nikmat..bersyukurlah walaupun tak sebesar mana nikmat yang diperolehi kerana bagi insan lain.. ia mungkin sangat bermakna..

    bila kita di uji.. itu tandanya Allah sayangkan kita.. jadi..jangan merungut yer.. (ingatan untuk diri sendiri)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...