Aug 28, 2011

"adakalanya sepi itu lebih indah dari sebarang bunyi"..(Dr. Tuah HM Iskandar)

membaca ayat di atas..macam-macam tafsiran yang boleh dibuat... 
bagi saya..
di saat kita dilanda permasalahan.. 
adakalanya kita perlu diamkan diri jika itulah jalan yang sebaik-baiknya..
andai kata-kata yang keluar  boleh mengakibatkan pertengkaran.. 
diam adalah pilihannya..

bukan mudah nak puaskan hati semua orang yang ada ..
kadang-kadang apa yang kita buat bisa membuatkan orang lain tersenyum..
tetapi 
tanpa sedar.. ada juga yang terluka

di saat saya tidak tahu apa yang perlu di lakukan
saya lebih suka mendiamkan diri
lebih banyak melihat dan memerhati

sambil berdoa
semoga hati ini dikurniakan kesabaran yang berlipat kali ganda
untuk menghadapi segala macam ujian
kerana saya tahu..
kesabaran yang ada kini..
tidak setebal dulu...

saya hanya..
manusia biasa yang biasa-biasa saja
jika orang lain tak dapat menerima kekurangan yang ada
saya tak mampu untuk memaksa..

terpulang...

diamkan saja
kerana hanya itu pilihan yang  ada..

...

Aug 26, 2011

pari bakar berempah

memandangkan hari ni cuti.. jadi bolehlah berasapkan dapur..tapi kali ni den memberasapkan dapur umah mentua pulak sebab pagi-pagi lagi pak mentuo den dah pesan. "ana..ayah ada beli ikan pari..nanti ana masak yer.." dengan penuh hormat..den angguk je la.. dalam hati ni ..ah sudah... seumur hidup.. aku tak pernah masak ikan pari...camno nak buek ni...???  dalam kepala ni dah pikir dah..apa aku nak buat dengan si pari-pari ni..huhu..

tetiba ... teringat..hari tu ada jengah dapur Dayang Jack(DJ).. kebetulan dia ada buat ikan bakar guna ikan pari...hehehe...penyelamatku.... cepat-cepat on netbook.. tengok apa bahan yang perlu.. operasi pon bermula... tapi sebab ikan pari yang ada tu 4 ketul.. den doublekan bahan-bahannya.. alhamdulillah.. menjadi dan serius cakap.. rasa dia sangat sedap..pasni kalau nak makan ikan bakar.. takyah susah-susah g kuchai lama.. buat sendiri jer...bila dah siap semuanya.. sekali aluminium foil pulak takde...tapi takper..masih boleh diselamatkan.. jadi la ikan pari bakar berempah + berkuah..hehe.. terima kasih yang tak terhingga pada DJ kerana sudi share resepi ni.. eh!! panjang pulak intro kali ni..ok..ok..jom tengok resepi dari DJ nih...



bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap! (ana tak perah sebab buat berkuah)



Selamat Hari Raya....

assalamualaikum..

walaupon 1 syawal lagi 3 hari.. tapi takpelah.. nak ambil kesempatan sikit untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.. andai ada kata-kata/contengan yang melukakan hati dan perasaan.. mohon di maafkan...

saya hanya insan biasa yang punya banyak kekurangan. terkadang tanpa sedar.. ada bahasa yang tak sedap di baca .. mohon maaf untuk segalanya... 

blog biasa yang entrynya pon biasa-biasa saja.. tapi anda masih sudi membacanya,,terima kasih banyak saya ucapkan... 

untuk yang akan balik kampung..hati-hati ketika memandu.. hati-hati naik bus/ketapi/kapaltebang.. semoga persahabtan ini terus kekal walau kita  tak pernah bersua...

pic en google                                          

sesungguhnya saya insan  bertuah kerana punya sahabat seperti kalian... 


Selamat Hari Raya kawan-kawan.....



Aug 23, 2011


oowwhh..penatnya.....

Aug 18, 2011

bersyukur dengan apa yang ada

semalam keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan memaksa diri untuk ke klinik.. sampai je kat klinik tu.. nampak sepasang suami isteri bersama dengan anak-anak mereka.. salah seorang anak tu kelihatan sangat kasihan.. keadaan badannya tak seperti kanak-kanak lain.. fizikalnya yang sangat kurus membuatkan dia tak mampu bergerak sendrir, terpaksa di dukung oleh ibunya.. dikurniakan anak yang sebegitu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. sebab apa? bukan senang nak jaga anak yang istimewa.. menjaga dan melayan mereka sangat mencabar sebenarnya.. merenung keluarga itu keluar dari kawasan klinik.. membuatkan hati ini terfikir.. alangkah beruntungnya saya bila dikurniakan seorang anak yang sihat tubuhnya.. sempurna sifatnya dan comel. sempat lagi puji anak sendiri..hehe

bila diperhatikan.. bertapa betuahnya saya walaupon sebelum ni banyak dugaan dan ujian yang kalau tak cukup sabar dan tabah.. boleh membuatkan seseorang tu terpesong jauh... alhamdulillah... melihat kehidupan sekarang...saya bersyukur dengan segala ujian yang pernah dihadapi dulu.. 

hidup kita tak selalunya bahagia.. sedikit sebanyak pasti ada jugak perkara yang melukakan.. tapi sekurang-kurangnya kita masih dilandasan yang betul... 

walau apa pun yang terjadi.. bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk merasa semua tu...

tak ada apa yang nak diceritakan sangat sebenarnya.. cuma sekadar mengingatkan sesama kita.. 

...bersyukurlah dengan apa yang ada...




Aug 15, 2011

barang dah sampai..yesss

 bulan lepas ada order barang dari Whimsical Need....dan bungkusan sampai minggu lepas..
dibungkus elok je..

 ni la barangnya...
dapat sample sekali

ana order Skin Food Black Bean Lip Liner #4 (nude beige)
Skin Food Letture & Cucumber Cream
Skin Food Black Sugar Jelly Foam
dapat free sample : skin food dan jugak missha

suka order barang dengan WN ni sebab harga yang tawarkan lebih murah dari harga kalau kita beli di outlet
sayangnya hari ni adalah batch terakhir diorang ambil order sebab diorg nak tumpu pada study..
lepas ni kat mana pulak la nak cari seller yang macam diorang ni

nanti ana buat review untuk satu-satu produk yang ana dah beli yer..



Review: Skin Food Black Sugar Mask Wash Off

hari tu ada buat entry pasal barangan skin food kan.. jadi kali ni nak cite pasal salah satu benda yang dibeli.. 
ana  guna mask ni 1-2 kali je dlm seminggu sebab kadang tu guna etude house magic bubble peeling.
bila guna mask ni..best jugak la.. bau dia pon ok.. jom tgk dua tiga keping gambar yang sempat di ambil...

 

Skin Food Black Sugar Mask Wash Off
RM44.00
100g



 ni la rupanya..boleh nampak kan butiran gula perang tu...
nak guna mask ni tak payah banyak.. amik seciput je dah mencukupi..
cuma kompius skit..kenpa depa tak letak nama dia scrub?? 
kalau ikut rupa bentuk..lebih kepada scrub..
mengikut kata amoi kat skin food tu hari
kalau nak jadikan mask.. gosok dan biarkan sekejap  kat muka baru bilas.. 
ai malas.. gosok sampai gula cair je pastu bilas..hehe
dan mask ni jugak sesuai untuk kulit kering/berminyak

 ikut arahan yang tertera..bila nak guna mask ni kena basahkan dulu kulit muka.. tapi sebab nak tunjuk kat korang yang sudi nak baca enty ni.. macam biasalah.. tangan kiri jadi model..haha

 ambil sedikit black sugar mask dan gosok pelan-pelan...oleh sebab mask ni diperbuat dari gula.. bila kita guna.. butiran gula tu akan cair...

 rupa tanganku yang siap di sental..
lepas guna kulit akan rasa lebih lembut dan licin 
mudahkan
 ada sape-sape berminat nak cuba??
g la beli 

ok


sekian


Aug 11, 2011

merenung masa depan

entah apa la yang anak comel saya tengah pikir waktu ni..hehe



hidup ini penuh bermasalah
adakalanya .. amat membosankan

mm.. dah tak ingat kat mana aku pernah baca penyataan di atas.
tapi kadang-kadang bila dipikirkan ada betulnya
selagi kita hidup.. memang pelik kalau masalah tu tak pernah hinggap kat kita
cuma kadang-kadang tu..bila terlalu banyak masalah yang menimbun dalam kepala otak yang tak berapa nak besar ni...
sedikit sebanyak terasa jugak kebosanannya
ada masanya rasa macam nak buat tak tau je tentang semua masalah-masalah yang ada
buat-buat macam ..seolah-olah takde masalah
tapi.. bila dibiarkan..masalah tu bukan boleh selesai sendiri pon..
silap hari bulan.. salah perhitungan..
makin berganda adalah..
mm..
masalah betul

oh ye.. kenapa tetiba aku cite pasal masalah ni haa??
nampak sangat aku ni banyak masalah..
hehe..
memang pon..
masalah aku sekarang ni..
apesal la aku ni malas sangat nak buat entry
aisshhh... pemalas betul..

ini pon dikira masalah gak kan??
owh..masalahnya...
mm..


Aug 10, 2011

restock - Cosway Bioglo Intensive Body Scrub

Bioglo Intensive Body Scrub
RM19.90 (after less RM14.50)
buy 2 free 1

Bulan ni ada offer untuk beberapa barangan terpilih dari cosway..salah satunya adalah scub ni.. rembat dua dapat 1 percuma..hehe

ok.. tu je nak cite..

...


Aug 9, 2011

Daging blackpepper & sambal udang petai

ok.. ni pulak lauk yang ana masak untuk berbuka ahad lepas.. sempat masak dua lauk ni jer.. yang lain-lain biras i tolong top-up kan..hehe.. untuk resepi daging tu boleh refer ke blog cik mat gebu.. buat ikut resepi dia.. yang sambal udang tu pulak.. main campak-campak ajer..sukatan untuk bahan-bahan sambal udang ni ana agak-agak je tau.. kalau korang nak cuba. ejas la apa yang patut, ikut tekak sendiri erk...

 daging black pepper

sambal udang petai

Bahan-bahan

1 kg udang saiz sederhana   - buang kulit, tinggalkan ekor je.. belah belakang , cuci dan toskan
1 mangkuk sedang isi petai - belah dua
3 senduk pes cili kering
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 keping asam gelugor
10 ml pati santan
garam & gula
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak
  2. masukkan sedikit air dan asam keping, biarkan kuah mendidih
  3. masukkan udang, santan & petai.. kacau sebentar..biarkan hingga udang masak
  4. perasakan dengan garam & gula..kacau rata dan siap.. 

Puding triffle

ahad lepas sahabat en.hubby datang melawat tapak.. jadi. bila ada tetamu nak mai, kenalah masak-masak kan.. hasilnya.. sempat la den menyemakkan dapur kat umah tu dengan menu puding triffle . resepi ni amik dari kak ummi .. dah banyak kali buat sebenarnya..tapi biasalah.. asyik lupa nak tangkap gambarnya.. hah..kali ni lepas buat je terus p amik kamera..tangkap  .. desert ni sangat sedap di makan sejuk.. terima kasih kepada kak ummi coz sudi share resepi yang best tahap gaban ni.. untuk lapisan atas tu ana tak guna agar-agar . ganti dengan puding mangga segera..hehe..untuk lapisan kastad tu pulak  guna susu segar jer.. jom tengok camne nak buat ..resepi C&P dari blog kak ummi...





Bahan:-
Lapisan bawah:
1 buku swiss roll cake - suka perisa pandan  -potong 1 cm
- Aturkan swiss roll cake dalam bekas kaca.

Lapisan Tengah:
125 gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam

- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.

Lapisan Atas:
3/4 tin buah koktel (ummi guna Hosen) - tuang ke atas kastad, rata.
10 gm serbuk agar-agar
125 ml air
2 sudu besar gula
Pewarna hijau/merah
- Masak serbuk agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna. Tuang ke atas buah-buahan tadi. Sejukkan. (Ummi jez guna krystal jelly Nona perisa strawberry, masak ikut arahan pada kotak. 



Aug 3, 2011

Review: Sana hadanomy collagen cream

kali ni nak buat review pasal cream lah pulak.. ok.. dulu sebelum krim loreal dah nak habis.. dok mencari-cari krim lain untuk menggantikan moisturizer tu.. google punye google .. den terjumpa pasal produk sana ni.. jumpa kat blog momoy.. tapi produk yang momoy beli tu Sana Hadanomy Collagen Mist.. teruja jugak bila baca pasal collagen nih.. cuba cari maklumat pasal jenama sana ni dan salah satu produk yang ada ialah Sana Hanadomy Collagen  Cream... google lagi..jumpa pulak review kat blog lotuspalace... lagi la teruja...cuba cari pulak kat mana nak beli benda alah ni..skali yang ada , jual online jer..huhu.. sodeh den... 

kebetulan dua tiga hari lepas tu ajak en.hubby jalan kat Jusco S2.. biasalah..bila dah g jusco.. mesti nak singgah watson .. pusing-pusing sikit kat rak dalam kedai..dan..jeng je jeng..... nampak la susunan produk sana... ada lotion, mist dan cream.. .. 

 Sana Hadanomy Collagen Cream
RM44.90 - 100g (harga after less)
comel je jar dia kan..kaler pink ..

 masa beli tu ada pelekat label dalam Bi tapi terlupa nak snap.. dah buang dah..jadi tinggal lah penerangan dalam bahasa jepun je.. yang pastinya.. produk ni kaya dengan collagen..


 cream ni kaler putih susu.. baunya sangat best.. ada macam bau-bau ros sikit.. 

 den calit sikit kat tangan.. 


sapu rata.. kulit akan rasa lembap je.. 
sangat sesuai dijadikan krim malam ..  bangun pagi kulit tak rasa kering.. 
cuma masalahnya..krim ni susah sikit nak dapat.. tak semua store watson ada ..
kalau pandai cari..boleh dapat yang lagi murah kat ebay..

setakat ni dah sebulan guna dan sangat puas hati.. 

(^_^)

nak cuba ke?
g la beli
hehe
...


sekian

...


fun fair...

 masing-masing nak cuba nasib... kot-kot kena..hehe

 akhirnya adik ipar den je yang berjaya menggondol hadiah..dapat la patung mickey
tapi lupa nak snap..

 bergambar ngan mak mentua den... my biras dukung iman.. den?? sengeh jerk..hahaha

 ecceh..
apasal la iman buat muka camtuh?? tapi takpe..tetap kiut..hehe


ok.. tu jer nak cite


sekian...

...


Aug 2, 2011

hadiah dari momoy yeaaaa ...


dalam pukul 10 lebih.. dapat call dari tingkat atas..kata ada bungkusan .. dengan penuh semangat.. naik la..skalli ada dua bungkusan ..hehe.. salah satu darinya adalah hadiah yang momoy kirim sebab den berjaya dalam peraduan teka gambar anjuran momoy..hehehe...
sempat la snap dua tiga keping gambo ni ha...

kiriman pos express gitu



owh.. maaf yer kawan-kawan..gambar blur sikit... bungkusan kat dalam..


dan inilah dia.. hadiahnya... rantai pink... sangat cute (^_^)
kalau pakai baju hitam..kalung rantai ni..perghh..mesti menyerlah raya tahun ni..hehehe..
jutaan terima kasih kepada miss momoy sebab kasi hadiah yang best ni...suke suke ..


Aug 1, 2011

menu sahur hari ini..nasi ayam ala claypot

ok.. ebtry kali ni nak cite pasal menu bersahur hari kedua..
nasi ayam ala claypot
walaupon bukan aku yang masak sepenuhnya.. tapi sempat la nolong mentua masak ptg semalam pas balik keje... masak nasi ni senang bangat.. dah siap.. biar je sejuk dalam periuk.. bila bangun sahur just panaskan semula.. masa nak panaskan nasi ni tambah sikit air..sikit je tau.. jangan tuang secawang ..kang jadi bubur ala claypot plak..hehehe..owhh.. mana gambar?? haaa..mintak maap banyak-banyak..gue enggak sempat nangkapin itu gambar.. ehh..pehal tetiba lari bahasa plak nih?? hahaha... sengal..oklah.. moh semak resepi...


Bahan-bahan (untuk 3-4 org makan kot)


* 1 1/4 cawan beras
* 3/4 cawan beras pulut
* air secukupnya


1 mangkuk ayam -  cuci bersih & potong kecik
2 ulas bawang merah - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang
1 1/2 inci halia - hiris keping-keping
3 biji cendawan butang -rendam dan belah 3 setiap satu
3 sudu udang kering - rendam & tos
kicap pekat
kicap masin
sedikit air
sedikit tepung jagung
garam & gula
sedikit minyak bijan
minyak untuk menumis


Cara-cara


  1. untuk nasi, satukan bahan bertanda * dan masak seperti biasa
  2. perap daging ayam dengan sedikit kicap cair dan tepung jagung..ketepikan
  3. panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih hingga kekuningan..masukkan udang kering..
  4. masukkan cendawan, ayam, tambah kicap pekat & kicap cair kacau sebentar
  5. masukkan sedikit minyak bijan..
  6. perasakan dengan garam & gula 
  7. tambah sedikit air (anggaran dalam 5-10 ml je)
  8. angkat dan masukkan ke dalam periuk nasi 
**pssttt:: masukkan ayam ke dalam nasi yang separuh masak tau..kacau-kacau sikit  pastu biar je nasi masak sepenuhnya... maaf lah yer.. aku tak reti nak explain sangat..sesape yang nak cuba masak tu harap-harapnya paham lah dengan penerangan ni..huhuhu




sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...