Jun 27, 2012
lemon dan chicken
kongsi resepi hujung minggu.. resepi asal dari internet .. tak ingat yang mana satu.. saya olah sikit..nanti rajin saya update bahan ngan cara nak buat.. ..
Jun 24, 2012
keropok ketam
assalamualaikum
bersiaran kembali.. nak kongsi resepi keropok pulak..keropok ketam ..layan ajelah...
Bahan
1 paket filet ketam - leraikan
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- panaskan minyak, goreng filet ketam hingga kekuningan/garing. angkat, tos dan biarkan sejuk
- simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah di makan sambil tengok tv.. krap krup
Jun 19, 2012
cantiknya dia
ok.. sebenarnya nak cite pasal satu blog yang saya jumpa semasa mencari-cari info tentang kecantikan..(oleh sebab saya ni pompuan merangkap bini orang.. adalah normal jika saya teruja tentang kecantikan..ngeeee..)
mula-mula baca satu entry je.. pastu belek2 entry dia yang lama-lama.. serius.. saya sangat suka cara dia menulis..sekarang pun saya belum habis baca lagi semua entry yang dia tulis.. dan pada pandangan mata saya orangnya sangat cantik dan ayu..(betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ..kan ?..)
sape dia tu?? haa.. meh klik sini http://nurulbadiah.blogspot.com
luangkan sedikit masa untuk baca entry dalam blog beliau.. bagi saya tak rugi pun.. kalau anda perasan.. banyak nasihat/ilmu yang cuba disampaikan tapi dalam bahasa yang santai...
saya buat entry ni bukannya ada dapat komisyen apa-apa pun dari cik nurul.. dia kenal saya pun tak .. tapi sekadar ingin berkongsi tentang apa yang saya rasa bagus untuk dikongsi..
untuk nurul.. teruskan menulis sebab saya sangat suka baca apa yang kamu tulis..
Jun 9, 2012
laksa mee
assalamualaikum.. wahh..lama beno saya tak menulsi kat blog.. jadi mulakan dengan menu yang dah lama diperam..hehehehee.. menu ahad dulu2..dh tak ingat tarikhnya.. .. kisahnya mentua saya balik kampung, en hubby kata tak payah masak.. kita tapau kat luar jerk. alih-alih saya masak jugak laksa mee.. konon nak makan tengahari... tapi bila siap je terus saya cedok dalam mangkuk dan ngap..hahaha..lapo punya pasal..
pastu bila en hubby balik dari menapau.... saya makan lagi..huh.. nampak sangat saya kuat makan kan?? patutlah badan dah macam tong drum..erkkss...
resepi asal ada kat myresepi.. patutnya guna mee sanggul.. tapi kat dapur cuma ada mee je..sanggul tarak... bantai je la labuuu... janji kenyang.. kes nak habiskan sambal tumis semalam... terjadilah laksa mee seperti di bawah.. maaf yer..gambo takde.. dah habis makan baru ingat.. EH!!..lupa nak ambik... :p
Laksa mee
Bahan
2 keping mee sanggul - saya guna mee kering je
2 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
semangkuk kecil udang - buang kulit dan belah belakang (saya x letak sebab xde stok)
bebola ikan - saya boh 10 biji
air secukupnya
garam & gula
Cara
- celur mee hingga lembut - ketepikan
- tumis bawang hingga wangi, tambah air (ikut suka nak sup banyak mana) dan biarkan hingga mendidih
- tambahkan fish ball, perasakan dan sedia untuk dimakan bersama mee dan sambal...
May 22, 2012
untuk makluman kawan2.. blog saya mengalami sedikit masalah .. walaupun sikit tapi ia berjaya membuatkan saya tensen sampai skang.. klu ada blog yg tetiba je saya unfollow tu .. saya mintak maap banyak-banyak ye.. bukan niat saya pon..ntah sapelah yang sangat baik hati menghack blog ku ini.. mmmm insyaallah saya akan cuba usahakan untuk atasi masalah ini
segala kesulitan amat dikesali....
menu berpantang part III
nak share ngan korang menu berpantang lagi. dapat dari sorang staf kat opiz. walaupun hanya resepi orang dalam pantang, tapi tak kisahlahkan.. saya tak pernah cuba lagi menu ni.. tadi baru dengar akak kat opis dok cite.. jadi nak share jugak ngan korang.hehe... apapun, kita layan jelah yer..
Pegaga Lada Hitam
Bahan
2- 3 cekak daun pegaga- hiris
segenggam ikan bilis - cuci bersih dan toskan
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya - tumbuk halus
cara-cara
- sangai ikan bilis hingga garing
- tambahkan bawang yang telah siap ditumbuk dan serbuk lada hitam
- perasakan dan angkat
- gaul bahan sangai dengan pegaga yang telah siap di hiris
- sedia untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi panas..
p/s: kakak kat opis tu kata, kalau malas nak sangai, boleh jugak di goreng. cuma pastikan minyak jangan letak banyak-banyak.. kang gomok plak.. ingat nk terai masak hujung minggu ni.. kalau jadi baru saya tepek gambo.. walaupun saya dah lama tamat tempoh berpantang (dah macam tamat tempoh kredit pulak)..saya tetap nak cuba menu ni.. haha.. ok...selamat mencuba.
logo halal sedunia
entry ni saya baca kat blog cik mat sebenarnya.. niat asal nk jenguk resepi masak labu.. pastu jumpa pulak entry pasal logo halal ni.. jadi.. nak share jugaklah.. thanks tu cik mat coz sudi share...
lepas ni boleh print untuk rujukan..
sekian dimaklumkan...
May 9, 2012
kurma ayam yogurt yg takde yogurt
menu sabtu lepas.. resepi ni saya tengok kat blog cik mat .. en hubby dah lama teringin nak makan ayam kurma ni.. tapi baru sekarang saya berkesempatan buat.. cuma tang yogurt tu saya gantikan dengan santan sebab en hubby tak boleh makan segala jenis yang berasaskan susu.. walaupun tanpamu wahai yogurt.. rasa kurma den totap sedap.. thanks to cik mat sebab share resepi yang super yummy ini..
Kurma Ayam Yogurt
Bahan
600 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan - saya guna sekor ayam kampung
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar cili kisar -
1 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kurma
1/2 cawan yogurt - saya gantikan dengan 1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka - ganti dengan gula putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar halus
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan - saya tak letak sebab en hubby tak boleh makan
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji
Bahan Tumis
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara2
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar cili kisar -
1 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kurma
1/2 cawan yogurt - saya gantikan dengan 1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka - ganti dengan gula putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar halus
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan - saya tak letak sebab en hubby tak boleh makan
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji
Bahan Tumis
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara2
- Satukan bahan2 kisar halus dan rempah kurma, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing, tambah rempah kurma + bahan kisar halus tadi, masak hingga terbit minyak dengan api kecil.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang, gaul dan tuang air seckupnya. Masak hingga kentang empuk, tambah asam gelugor, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa.
- Akhir
sekali masukkan yogurt/santan, cili merah dan hijau belah. Kacau rata dan
masak sekejap degan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang...
resepi kat blog cik mat ni memang sedap-sedaplah.. rasanya klu cikmat terbitkan buku masakan harus ku beli.. dan seperti biasa....gambar akan diupload kemudian..weeeeee
May 1, 2012
masalah sembelit
kongsi pengalaman lagi.. rasanya ramai di kalangan ibu-ibu mengalami masalah sembelit ketika berpantang kan? ke saya je yang kena?? tak kisahlah.. saya nak share ngan korang salah satu cara saya atasi masalah ni selepas bersalin.. apa yang saya amalkan, tiap-tiap hari (dalam pantang) saya ambil phytonatal keluaran nony roguy.. pil ni memang untuk atasi sembelit di kalangan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. kalau ikut aturan dia..makan 2 biji.. tapi saya makan sebijik pun dah cukup.. bila nak buang air besar tu takdelah seksaa... alhamdulillah.. pil ni serasi dengan saya..
kalau beli set bersalin tropical herbs.. dia sertakan kapsul.. ada 2 botol.. saya makan ni pun mujarab jugak.. saya ambil ni masa berpantang kali kedua hari tu
kekdah lain.. boleh cuba minum pati prun.. ni pun boleh membantu melawaskan sesi pembuangan..
lagi.. boleh cuba minum pysilium husk (sejenis fiber) tapi jangan ambil banyak2.. cukup sekadar satu-dua sudu teh sehari.. dan jangan lupa minum air secukupnya.. hat ni lepas pantang pun boleh makan sebab benda ni serat je. saya masih amalkan pengambilan fiber ni.... yang penting minum air banyak2.. selalu saya minum pysilium husk ngan milo.. rasa macam minum milo plus nestum ja.. sedap jugak...
ok...tu saje..nanti cerita lagi...
Apr 14, 2012
kuih bakul
sebenarnya resepi ni tahun lepas punya cerita.. saya ambil gambar konon-konon nak buat entry.. alih-alih tahun ni baru sudah..kira ni entry tertunggak la lebih kurang...(macam biasa.. saya memang suka letak titik banyak-banyak..harap maklum yer...)
salah satu resepi kaum cina yang saya belajar dari mentua..hee.. lepas kawen baru saya tau gini rupanya kalau nak makan kuih bakul.. ingatkan makam macam tu jer.. agak jakun jugak bila kali pertama mak mentua saya goreng kuih ni..hehehe...jom tengok
Kuih Bakul goreng
Bahan
1 ketul kuih bakul - buangkan tepi2nya, cuci bersih. belah 2 dan hiris setebal 3-4cm
ubi keledek/keladi - cuci bersih dan potong (bergantung banyak mana kuih bakul)
2 cawan tepung gandum*
1 biji telur*
air + sedikit garam*
minyak untuk menggoreng
Cara
- satukan bahan bertanda * macam nak buat tepung goreng pisang. pastikan bancuhan pekat sedikit supaya senang nak salut..
- ambil sekeping kuih bakul dan sekeping ubi kedelek/keladi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
- goreng hingga kekuningan@ hingga ubi masak..
p/s: kuih bakul ni bila dah digoreng dia akan cair macam chewing gum (betul ke idak saya eja nih)..liat2 gitu.. jadi kena pastikan salutan tepung tu cantik supaya kuih bakul tadi tak meleleh keluar..sayangnya.. saya terlupa nak ambil gambar kuih yang dah siap digoreng.. ):
Subscribe to:
Posts (Atom)









