dua tiga hari ni mungkin tiada enrty baru.. tahap kesihatan saya yang tak berapa baik membataskan idea untuk mengarang.. dua tiga menjak ni pola kesihatan tak berapa bagus.. kerap demam malam.. muntah2.. perut meragam.. semuanya macam dah janji nak datang sama-sama ..
insyaallah...kalau diizinkanNya.. saya akan menulis lagi yer..
cuma buat masa ni saya nak berehat sekejap..
pic from google
Oct 6, 2011
saya jumpa blog ni bila jiran seblah pomot.. seronok baca blog dr cinta ni tau.. entry dia sangat cute dan penuh makna... tak rugi kalau luangkan sedikit masa untuk membaca blog beliau.. pemiliknya muda lagi.. tapi cara peyampaiannya sangat matang dan penuh hikmah... kalau ada kelapangan.. boleh lawat sini yer..
tapi tiada sesiapa di sisi yang dapat kita berkongsi kesedihan..
menangislah jika itu mampu melegakan sedikit kedukaan..
berdoalah kepadaNya..
semoga diri diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian..
mengadulah kepadaNya..
sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ..
dan..
bersabarlah..
selagi anda mampu bersabar..
Oct 4, 2011
lama jugak saya tak menulis entry baru yer.. keadaan kesihatan yang tak berapa baik kebelakangan ni membuatkan saya malas sangat nak menaip.. dua tiga pat menjak ni kerap benar saya diserang sakit kepala/migrain .. dah banyak ubat yang ditelan .. kesakitan tu tetap datang.. saya ni mudah sangat kena sakit kepala.. kalau terhidu bau2 yang tak kena dengan deria .. mesti sakit kepala.. stress pun boleh sakit kepala..
baru-baru ni doktor bagi ubat untuk melegakan migrain yang dihadapi.. semasa entry ini di tulis..alhamdulillah.. kesihatan saya bertambah baik...
oklah.. nanti ada masa terluang.. saya update lagi yer..
kali ni nk share ngan korang resepi nasi tomato pulak.. macam biasa.. asal nak masak je.. p geledah dapur orang.. dan untuk sekian kalinya.. g jengah dapur kak nor lagi..hehe.. jom tengok camno nak buek nasi tomato.. resepi asal dari Che De Sam.. thank to che de sam n kak nor coz sudi share menu yang simple lagi sedap... (:
NASI TOMATOby Che De Sam
sumber: kak nor(secubitgaram) Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup - ana tak letak sebab tak ada
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak:
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.
Sep 20, 2011
Sep 18, 2011
putus cinta??
aku rasa rata-rata orang kat luar sana pernah mengalaminya kan?? termasuklah aku. tapi yang aku nak tulis ni bukanlah kisah cinta aku yang dah lama putus tu..cuma nak bercerita sikit.. sikit je . tak banyak pong…
hati yang luka akibat putus cinta ni memang susah nak rawat.. nak-nak lagi kalau cinta yang pertama.. fisrt love la bak kata omputeh kan. waktu-waktu macam ni adalah waktu yang sangat sensitive. masa ni apa saje yang dibuat,pasti akan berkait rapat dengan orang yang suatu masa dulu sangat kita sayangi.
kalau dulu keluar makan sama-sama, tapi sekarang dah tinggal sorang-sorang. kalau dulu selalu g tengok wayang cerita cinta.. tapi la ni kalau boleh nk tengok cite perang.. kalau dulu kau dan aku serasi bersama, dah bertukar.. antara kita terlalu banyak bezanya… senang kata, semua yang indah dulunya dah bertukar rupa.
zaman kelukaan ni, segala macam lagu tangkap nangis adalah sangat merbahaya. sebab apa aku kata bahaya? maunya tak! kalau dah ko baru je break-up ngan bf/gf, tetiba pasang lagu sampai hati dari spring ke, pasti dari kumpulan mega ke dan sedeybedey bagai.. otomatik ayaq mata turun.. kalau xde rasa sedih tu mungkin dia bukan cinta setulus hati la kot. atau anda adalah dipihak orang yang memang nak putus… :p
waktu-waktu macam ni, sokongan keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting. kepedihan akibat dari putus cinta memang menyeksakan jiwa raga. menangislah kalau itu yang bisa mengurangkan beban di hati. tapi ingat, jangan sampai menjejaskan kesihatan diri. jangan lupa, anda mungkin telah kehilangan seorang insan yang amat anda kasihi, tapi, sedarkah anda?? masih ramai lagi di luar sana yang sangat mengasihi anda ?? tak salah meratapi pemergian orang yang sudah tidak lagi sudi menerima kasih sayang anda tapi jangan belebih-lebihan pulak.
masa aku dulu pon, ramai kawan-kawan yang pesan.. pilihlah orang yang menyayangi kita kerana dia pasti akan jaga kita sebaiknya, jangan pilih orang yang kita sayang kelak dia akan pergi tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang..haa..lebih kurang gitu la bunyinya.. tapi aku ni degil..dah kena tinggal baru padan muka..hahaha.. itu aku la..korang jangan tiru pulak. bila dah rasa penangan putus cinta tu barulah sedar diri.
masa ni baru la ingat . nyesal toksah cakap la.. macam-macam perkataan kalau yang keluar..kalaulah dulu aku ikut nasihat si polan ni mesti tak jadi macam ni.. kalau dulu aku buat macam ni..kalau aku itu..kalau aku ini..bla.bla bla.. semua la.. tapi benda dah jadi mana boleh nak betulkan. masa bukan perkara yang boleh diulang-ulang. apa yang berlaku dah jadi sejarah dah pon.
bila dikenang, semua tu adalah pengalaman. satu pengalaman yang bisa mendewasakan kita. bergantung macam mana kita hadapi masalah ni. tak dinafikan ada jugak yang terus hanyut dalam kelukaan, tapi tak kurang jugak yang dah jadi makin matang.
aku sendiri pon, kalau takde sokongan keluarga dan sahabat, tak pasti apa akan jadi. mungkin akan terus melayan hiba dihati..mungkin…..
kadang-kadang sedih tengok sahabat yang dirundung duka. kenapa plak aku nak sedih..bukan aku yang putus cinta pon?? mesti la sedih sebab pernah alami tempoh-tempoh putus tu.. nak-nak lagi kalau putus sebab orang ketiga, rasa diri dikhianati. tapi apa nak buat, dh takde jodoh kan..
mula-mula tu memang susah nak terima. orang kata kita hanya perlukan masa yang sekejap untuk menyukai seseorang tetapi mengambil masa hampir seumur hidup untuk melupakannya. hebat otak manusia ni…
apa yang boleh aku katakan, biarlah masa menentukannya. kalau hari-hati kita selalu dibayangi kekasih hati, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. belajar untuk melupakan dan menerima hakikat, orang itu bukan milik kita. terima ketentuan dengan hati yang terbuka, pasti ada hikmahnya…
buat jamuan sikit untuk kawan-kawan pejabat en.hubby se minggu lepas..tapi sebab sibuk layan tetamu..sampai lupa nak ambil gambar siapa yang datang.. dapat 2-3 keping je .. jadilah dari tak ada kan..
antara menu yang dihidang.. nasi beriani, rendang ayam beriani,acar mentah, makaroni goreng..fruit jelly.. moocake jelly, puding keju..tembikai dengan kuih raya sikit... untuk nasi beriani tu masih guna resepi yang ana pernah cuba dulu.. cuma rendang tu ana tambah rempah beriani sikit.. jadilah rendang ayam beriani..haha..
puding keju ni pun tengok resepi kak nor.. sedap..
fruit jelly pon ikut resepi kat blog kak nor jugak.. yang sebelah tu mooncake jelly, buah tangan dari wife adik ipar .. ada dua tiga perisa yang dia buat.. tapi yang ni aje yang sempat ana snap.. hak lain dah selamat..
teringin pulak nak minum air kelapa laut atau omputeh panggil sea coconut setelah en.hubby mengwar2kan betapa sedapnya air tu,, kebetulan khamis malam lepas pegi pasar somban.. beli bahan-bahan masak.. ada la jumpa kelapa laut ni..beli sebungkus.. ada dalam 10 biji...
esoknya mak mentua terus buatkan.. sedap ooo... dan hari ni buat lagi jadi sempat le ana tengok camne nak masak kelapa laut supaya menjadi air yang sedap diminum
nak masak air ni kena ada buah lo han serta longan kering.. tujuannya supaya warna air kelapa yang dimasak nanti lebih cantik dan sedap..gambarnya nnt yer..
ok..jom semak resepi
bahan
5 biji kelapa laut - buang kulit, cuci bersih dan hiris/potong
1 biji buah lo han - ambil isinya
2 helai daun pandan
2 biji kurma merah - buang biji- optional
sedikit white fungus - rendam hingga lembut dan buang bahagian yang keras
10-15 biji longan kering
air secukupnya
gula batu secukupnya
cara2
satukan semua bahan kecuali isi kelapa laut dan gula batu, masak atas api sederhana..
bila air hampir mendidih.. masukkan isi kelapa laut.. masak selama 1 1/2-2 jam
tambahkan gula batu -ikut suka nak manis banyak mana..