Mar 14, 2012

kurangkan bengkak susu

ni nak cite kejadian yang berlaku masa saya dalam pantang hari tu. hari ketiga selepas saya bersalin , saya mengalami masalah bengkak susu. kalau masa lahirkan iman dulu takde masalah sangat sebab baby boleh direct feeding. tapi kali ni tak sama. sudahnya saya sakit akibat bengkak susu sampai demam2.. walaupun perkara ni dah dekat sebulan berlalu.. tak kiralah.. saya nak cerita jugak... apa yang nak saya kongsikan macam mana nak kurangkan rasa bengkak susu. pada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah ni mesti taukan. betapa sakitnya.. silap haribulan boleh demam macam yang jadi kat saya...

apa yang korang perlu lakukan ialah sediakan kobis .. kalau boleh sebiji.. pastu ambil kelopak kobis tadi dan tekap pada cik B, pastikan anak baju tak terlalu ketat. bila kelopak kobis dah layu, tukar dengan yang baru. ulang lagi sampailah rasa bengkak tu kurang. jangan lupa perah/pum susu bila dah kurang bengkaknya.

kaedah lain, bolah tuam dengan tuala basah. caranya basahkan tuala dengan air biasa dan tuam cik B dengan tuala tadi selama 45 minit, kemudian tuam pulak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam sampai rasa bengkak kurang.. bila dah kurang baru perah/pum susu jugak. 

petua ni saya dapat masa pegi klinik kesihatan seremban. alhamdulillah.. cara yang pertama tu sangat-sangat membantu. dan kalau korang ada cara lain.. mungkin boleh share kat sini jugak.. (:



5 comments:

LydSunshine said...

Kobis eh? Lepas dah layu tu bleh masak tak?

kyo said...

boleh kot.. tp takut tak lalu nak makan je...hehe

khairina nor akmal said...

ade org ckp kalau letak kobis, boleh stop kn production susu.btul ke?
tkut jgk dengar. so far awk macamane?
susu still byk ke lepas ltk kobis?

khairina nor akmal said...

ade org ckp kalau letak kobis, boleh stop kn production susu.btul ke?
tkut jgk dengar. so far awk macamane?
susu still byk ke lepas ltk kobis?

kyo said...

khairina : yang tu sy pun tak pastilah.. sy letak kobis ni just nk kurangkan bengkak susu je sbb baby dh meninggal.. susu mmg x byk dah sebab sy makan ubat utk stopkan susu badan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...