Aug 14, 2012

kek lapis cheese pesona...


Percubaan pertama. . Sedap sgt... Terima kasih pd kak nor secubit garam sebab kongsi resepi yang yummy ini...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 27, 2012

lemon dan chicken

kongsi resepi hujung minggu.. resepi asal dari internet .. tak ingat yang mana satu.. saya olah  sikit..nanti rajin saya update bahan ngan cara nak buat.. .. 

Jun 24, 2012

keropok ketam

assalamualaikum

bersiaran kembali.. nak kongsi resepi keropok pulak..keropok ketam ..layan ajelah...



Bahan

1 paket filet ketam - leraikan 
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara 
  1. panaskan minyak, goreng filet ketam hingga kekuningan/garing. angkat, tos dan biarkan sejuk
  2. simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah di makan sambil tengok tv.. krap krup


Jun 19, 2012

cantiknya dia

ok.. sebenarnya nak cite pasal satu blog yang saya jumpa semasa mencari-cari info tentang kecantikan..(oleh sebab saya ni pompuan merangkap bini orang.. adalah normal jika saya teruja tentang kecantikan..ngeeee..)

mula-mula baca satu entry je.. pastu belek2 entry dia yang lama-lama.. serius.. saya sangat suka cara dia menulis..sekarang pun saya belum habis baca lagi semua entry yang dia tulis.. dan pada pandangan mata saya orangnya sangat cantik dan ayu..(betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ..kan ?..)

sape dia tu?? haa.. meh klik sini http://nurulbadiah.blogspot.com 

luangkan sedikit masa untuk baca entry dalam blog beliau.. bagi saya tak rugi pun.. kalau anda perasan.. banyak nasihat/ilmu yang cuba disampaikan tapi dalam bahasa yang santai...

saya buat entry ni bukannya ada dapat komisyen apa-apa pun dari cik nurul.. dia kenal saya pun tak .. tapi sekadar ingin berkongsi tentang apa yang saya rasa bagus untuk dikongsi.. 

untuk nurul.. teruskan menulis sebab saya sangat suka baca apa yang kamu tulis.. 


Jun 9, 2012

laksa mee

assalamualaikum.. wahh..lama beno saya tak menulsi kat blog.. jadi mulakan dengan menu yang dah lama diperam..hehehehee.. menu ahad dulu2..dh tak ingat tarikhnya.. .. kisahnya mentua saya balik kampung, en hubby kata tak payah masak.. kita tapau kat luar jerk. alih-alih saya masak jugak laksa mee.. konon nak makan tengahari... tapi bila siap je terus saya cedok dalam mangkuk dan ngap..hahaha..lapo punya pasal..

pastu bila en hubby balik dari menapau.... saya makan lagi..huh.. nampak sangat saya kuat makan kan?? patutlah badan dah macam tong drum..erkkss...

resepi asal ada kat myresepi.. patutnya guna mee sanggul.. tapi kat dapur cuma ada mee je..sanggul tarak... bantai je la labuuu... janji kenyang.. kes nak habiskan sambal tumis semalam... terjadilah laksa mee seperti di bawah.. maaf yer..gambo takde.. dah habis makan baru ingat.. EH!!..lupa nak ambik... :p


Laksa mee

Bahan
2 keping mee sanggul - saya guna mee kering je
2 biji bawang merah - cincang
2  ulas bawang putih - cincang
semangkuk kecil udang - buang kulit dan belah belakang (saya x letak sebab xde stok)
bebola ikan  - saya boh 10 biji
air secukupnya
garam & gula


Cara
  1. celur mee hingga lembut - ketepikan
  2. tumis bawang hingga wangi, tambah air (ikut suka nak sup banyak mana) dan biarkan hingga mendidih
  3. tambahkan fish ball, perasakan dan sedia untuk dimakan bersama mee dan sambal...




May 22, 2012

untuk makluman kawan2.. blog saya mengalami sedikit masalah .. walaupun sikit tapi ia berjaya membuatkan saya tensen sampai skang.. klu ada blog yg tetiba je saya unfollow tu .. saya mintak maap banyak-banyak ye.. bukan niat saya pon..ntah sapelah yang sangat baik hati menghack blog ku ini.. mmmm insyaallah saya akan cuba usahakan untuk atasi masalah ini


segala kesulitan amat dikesali....

menu berpantang part III

nak share ngan korang menu berpantang lagi. dapat dari sorang staf kat opiz. walaupun hanya resepi orang dalam pantang, tapi tak kisahlahkan.. saya tak pernah cuba lagi menu ni.. tadi baru dengar akak kat opis dok cite.. jadi nak share jugak ngan korang.hehe... apapun, kita layan jelah yer..

Pegaga  Lada Hitam

Bahan

2- 3 cekak daun pegaga- hiris
segenggam ikan bilis - cuci bersih dan toskan
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya - tumbuk halus

cara-cara
  1. sangai ikan bilis hingga garing
  2. tambahkan bawang yang telah siap ditumbuk dan serbuk lada hitam
  3. perasakan dan angkat
  4. gaul bahan sangai dengan pegaga yang telah siap di hiris
  5. sedia untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi panas..

p/s: kakak kat opis tu kata, kalau malas nak sangai, boleh jugak di goreng. cuma pastikan minyak jangan letak banyak-banyak.. kang gomok plak.. ingat nk terai masak hujung minggu ni.. kalau jadi baru saya tepek  gambo.. walaupun saya dah lama tamat tempoh berpantang (dah macam tamat tempoh kredit pulak)..saya tetap nak cuba menu ni.. haha.. ok...selamat mencuba.

logo halal sedunia

entry ni saya baca kat blog cik mat sebenarnya.. niat asal nk jenguk resepi masak labu.. pastu jumpa pulak entry pasal logo halal ni.. jadi.. nak share jugaklah.. thanks tu cik mat coz sudi share...


lepas ni boleh print untuk rujukan..


sekian dimaklumkan...

May 9, 2012

kurma ayam yogurt yg takde yogurt

menu sabtu lepas.. resepi ni saya tengok kat blog cik mat .. en hubby dah lama teringin nak makan ayam kurma ni.. tapi baru sekarang saya berkesempatan buat.. cuma tang yogurt tu saya gantikan dengan santan sebab en hubby tak boleh makan segala jenis yang berasaskan susu.. walaupun tanpamu wahai yogurt.. rasa kurma den totap sedap.. thanks to cik mat sebab share resepi yang super yummy ini.. 

Kurma Ayam Yogurt

Bahan

600 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan - saya guna sekor ayam kampung
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar cili kisar -
1 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kurma
1/2 cawan yogurt - saya gantikan dengan 1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka - ganti dengan gula putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar halus


1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan - saya tak letak sebab en hubby tak boleh makan
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji

Bahan Tumis


3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara2
  1. Satukan bahan2 kisar halus dan rempah kurma, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing, tambah rempah kurma + bahan kisar halus tadi, masak hingga terbit minyak dengan api kecil.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang, gaul dan tuang air seckupnya. Masak hingga kentang empuk, tambah asam gelugor, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan yogurt/santan, cili merah dan hijau belah. Kacau rata dan masak sekejap degan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang...
     




    resepi kat blog cik mat ni memang sedap-sedaplah.. rasanya klu cikmat terbitkan buku masakan harus ku beli.. dan seperti biasa....gambar akan diupload kemudian..weeeeee

May 1, 2012

masalah sembelit

kongsi pengalaman lagi.. rasanya ramai di kalangan ibu-ibu mengalami masalah sembelit ketika berpantang kan? ke saya je yang kena?? tak kisahlah.. saya nak share ngan korang salah satu cara saya atasi masalah ni selepas bersalin.. apa yang saya amalkan, tiap-tiap hari (dalam pantang) saya ambil phytonatal keluaran nony roguy.. pil ni memang  untuk atasi sembelit di kalangan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. kalau ikut aturan dia..makan 2 biji.. tapi saya makan sebijik pun dah cukup.. bila nak buang air besar tu takdelah seksaa... alhamdulillah.. pil ni serasi dengan saya..

kalau beli set bersalin tropical herbs.. dia sertakan kapsul.. ada 2 botol.. saya makan ni pun mujarab jugak.. saya ambil ni masa berpantang kali kedua hari tu

kekdah lain.. boleh cuba minum pati prun.. ni pun boleh membantu melawaskan sesi pembuangan..

lagi.. boleh cuba minum pysilium husk (sejenis fiber) tapi jangan ambil banyak2.. cukup sekadar satu-dua sudu teh sehari.. dan jangan lupa minum air secukupnya.. hat ni lepas pantang pun boleh makan sebab benda ni serat je. saya masih amalkan pengambilan fiber ni.... yang penting minum air banyak2.. selalu saya minum pysilium husk ngan milo.. rasa macam minum milo plus nestum ja..  sedap jugak...

ok...tu saje..nanti cerita lagi...






Apr 14, 2012

kuih bakul

sebenarnya resepi ni tahun lepas punya cerita.. saya ambil gambar konon-konon nak buat entry.. alih-alih tahun ni baru sudah..kira ni entry tertunggak la lebih kurang...(macam biasa.. saya memang suka letak titik banyak-banyak..harap maklum yer...)

salah satu resepi kaum cina yang saya belajar dari mentua..hee.. lepas kawen baru saya tau gini rupanya kalau nak makan kuih bakul.. ingatkan makam macam tu jer.. agak jakun jugak bila kali pertama mak mentua saya goreng kuih ni..hehehe...jom tengok


Kuih Bakul goreng

Bahan
1 ketul kuih bakul - buangkan tepi2nya, cuci bersih. belah 2 dan hiris setebal 3-4cm
ubi keledek/keladi - cuci bersih dan potong (bergantung banyak mana kuih bakul)
2 cawan tepung gandum*
1 biji telur*
air + sedikit garam*
minyak untuk menggoreng


Cara
  1. satukan bahan bertanda * macam nak buat tepung goreng pisang. pastikan bancuhan pekat sedikit supaya senang nak salut..
  2. ambil sekeping kuih bakul dan sekeping ubi kedelek/keladi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
  3. goreng hingga kekuningan@ hingga ubi masak..




p/s: kuih bakul ni bila dah digoreng dia akan cair macam chewing gum (betul ke idak saya eja nih)..liat2 gitu.. jadi kena pastikan salutan tepung tu cantik supaya  kuih bakul tadi tak meleleh keluar..sayangnya.. saya terlupa nak ambil gambar kuih yang dah siap digoreng.. ):

Apr 13, 2012

ntah hape2 ntah

benda ni sebenarnya saya dah lama perasan tapi baru kali ni rasa nak buat entry.. tak tau kenapa... bila saya menaip...saya sangat suka letak titik  banyak-banyak..hehe.. macam sekarang ni.. habis satu ayat.. di hujung ayat-ayat tersebut..mesti saya akan letak titik banyak-banyak.. ntah apa pesen ntah.. 

pelik ke cara saya menaip ? kadang tu ada jugak terfikir.. mesti ada yang tensen bila baca blog saya..banyak sangat titiknya....haa...kan dah kata..titik lagi...ngeeeee...

 sila redha... saya memang suka letak titik banyak-banyak......


Apr 12, 2012

petua kecutkan rahim

kongsi petua berpantang lagi.. kali ni nak share pasal kecutkan rahim pulak.. macam yang kita tahu (walaupun hakikatnya saya takdelah tau sangat pon) kunyit ni banyak khasiat dia..salah satunya membantu kecutkan rahim selepas bersalin.. macam mana caranya? senang aje.. cuma sanggup ngan tak sanggup nak telan je..hehe.. .


Pati kunyit

Bahan
3 inci kunyit hidup - cuci bersih dan parut/tumbuk halus
1/4 cawan air panas

Cara
  1.  satukan kunyit dengan air panas
  2. tapis dan minum airnya..

senangkan? cuma rasa dia hazab sikit..ngeee...

menu berpantang Part II

bersambung dari entry sebelum ni di sini

Bun/burger Ikan

Bahan
1 set roti bun/ roti burger - belah2
2 keping tenggiri - ambil isinya dan cincang halus
* sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
* sedikit tepung jagung
* garam/gula
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara
  1. gaul isi ikan dengan bahan bertanda *
  2. bentukkan pes ikan seperti daging burger dan goreng hingga masak
  3. bila nak makan, letakkan ikan ditengah2 bun dan tambah sos cili

Nasi Goreng Halia  

 Bahan 
1 mangkuk nasi - seeloknya guna nasi yang baru dimasak
2 inci halia - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang
2 sudu teh kicap cair 
minyak bijan untuk menumis


Cara
  1. panaskan minyak bijan dan goreng halia hingga garing..ketepikan
  2. tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan nasi ,  gaul rata
  3. perasakan dengan kicap cair.. tambah kan halia goreng dan sedia untuk dimakan

Ayam Halia

Bahan
2 ketul  ayam kampung - dipotong kecil
2 inci halia - mayang halus
2 ulas bawang putih -  cincang
1 cawan air
kicap cair
kicap pekat
minyak bijan 
garam dan gula (jika perlu)

Cara
  1. panaskan minyak bijan, tumis bawang putih dan halia hingga wangi
  2. masukkan ayam, kicap cair. kicap pekat dan kacau sebati
  3. tambahkan air, biarkan mendidih@hingga ayam masak
  4. perasakan dan sedia untuk di makan.


Ikan Masak Kunyit

Bahan
2 keping ikan tenggiri
1 inci kunyit hidup - ditumbuk 
sedikit kicap cair
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Cara
  1. perap ikan dengan semua bahan.
  2. goreng/ kukus ikan hingga masak

Singgang ikan

Bahan
2 keping ikan tenggiri
2 batang serai - diketuk
1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
2 ulas bawang putih  - diketuk
2 ulas bawang merah - hiris
1-2 keping asam keping/ air asam jawa
1 @ 2 cawan air
garam dan gula

Cara
  1. satukan semua bahan dan biarkan mendidih / hingga ikan masak
  2. perasakan dan siap...

sup ikan dengan kacang hitam

Bahan
2 keping ikan haruan - goreng garing
1 cawan kacang hitam - digoreng tanpa minyak
2 inci halia - diketuk
air secukupnya
garam dan gula

Cara
  1. didihkan air, masukkan kacang hitam dan biarkan mendidih
  2. masukkan ikan yang telah siap digoreng dan juga halia
  3. reneh sup selama 1-2 jam dengan api kecil
  4. perasakan dan sedia untuk dihidang
p/s : untuk sup ni boleh juga diganti dengan ayam kampungtapi tak payah goreng....mak mentua saya kata..sup ni elok untuk tambah darah..ada lagi 2-3 resepi tapi saya tak ingat nama herba-herba yang diguna.. hehe



Apr 11, 2012

menu berpantang part I

ada kawan yang bertanya masa pantang saya makan apa memandangkan saya duk ngan mentua.. jadi nak share sikitlah apa yang saya makan sepanjang tempoh saya berpantang hari tu.. disebabkan saya bersalin normal tanpa ada luka jahitan jadi apa yang saya boleh makan waktu berpantang tak rumit sangat. menu pulak campur-campur.. masa adik saya datang jaga.. ada la menu orang melayu.. bila dia dah balik.. makan menu cara kaum cina pulak..hehe..tapi set berpantang Tropical Herbs tetap saya amik .. 

ok.. meh nak tepek serba sedikit menu  berpantang 

Air Longan
Bahan
10-15 biji longan kering tanpa biji
5 biji kurma merah - buang biji
air secukupnya - saya masak untuk stok 1 hari

cara
  1. didihkan air  dalam periuk
  2. masukkan longan kering dan kurma merah. reneh selama 1@2 jam dengan api kecil 
  3. simpan dalam termos. bila nak minum, tuang je...

Mee suah
Bahan

2 keping mee suah
1 ulas bawang putih -  cincang@ketuk
2 inci halia -  mayang halus
1 keping isi ikan (tenggiri/merah @ apa2 ikan yang x gatal) 
minyak bijan untuk menumis
air secukupnya
sedikit garam/ kicap cair - 

Cara
  1. panaskan 1 sudu minyak bijan, tumis halia hingga garing dan ketepikan
  2. tumis bawang putih hingga wangi. masukkan air dan biarkan mendidih
  3. masukkan mee suah dan  isi ikan, reneh lagi sampai mee masak
  4. perasakan dengan garam / kicap cair - waktu berpantang tidak digalakkan makan makanan yang terlalu masin..
  5. bila dah masak, tuang mee dalam mangkuk dan taburkan halia goreng..

Ikan Bilis Lada Hitam
Bahan
1 mangkuk ikan bilis - buang tulang dan cuci bersih
1 sudu lada hitam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara
  1.  panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan toskan
  2. tumbuk lada hitam dengan sedikit garam
  3. masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar.. simpan dalam bekas kedap udara.

Ikan Kukus 
Bahan
2 keping ikan tenggiri @ apa2 ikan yang tak gatal
2 inci halia - hiris halus
sedikit kicap cair
1 sudu kecil chinese wolfberry

Cara
  1.  satukan semua bahan dan kukus selama 10 minit
  2. sedia untuk di makan


bersambung...

asam pedas tempoyak

baiklah kawan-kawan.. hari ni saya nak cite pasal resepi .. asam pedas tempoyak.. dah lama betul saya tak masak  sendiri. rasanya dekat setahun lebih jugak kot saya tak masak asam pedas tempoyak ni..

meh jenguk dapur saya yang tak berapa nak berasap sangat ... masak campak-campak.. kalau nak cuba bolehlah... ada orang tak makan tempoyak, tapi makan durian, ada jugak yang tak makan durian, tapi dia makan tempoyak.. saya pulak??? dua2 pun saya tibai jee......



Bahan

3 keping ikan (suka korang lah nak guna ikan apa)
1 batang bunga kantan - belah 2
segenggam daun kesum
 1 batang timun - buang kulit dan biji - potong beso2)
*3 sudu besar tempoyak
*8 biji cili padi (boleh kurang/lebihkan)
*1 biji cili merah
*2 ulas bawang putih
garam dan gula
air secukupnya

cara2
  1. kisar bahan-bahan bertanda *
  2. satukan bahan kisar, ikan, air, daun kesum dan bunga kantan, masak hingga mendidih
  3. perasakan dan sedia untuk dihidang
nota: kalau tempoyak kurang masam, boleh tambah asam keping.



Apr 1, 2012

taska dan iman

pukul 7.40 pagi tadi hantar iman comel ke taska. mula-mula sampai dia ok je.. bila tak nampak papa ngan mama dia.. terus nangis.. saya duk nyuruk kat luar pagar taska tak nak bagi iman nampak, sayu hati ni bila dengar dia nangis.. tapi kena gak buat keras hati. kalau tak lagi susah. teacher kat situ memang dah pesan awal-awal masa daftar. budak-budak akan nangis pada hari pertama. lama-lama nanti bila dah biasa.. akan ok balik. ambik masa sebulan jugak la nak kasi iman biasa dengan suasana baru dia.. 

sampai rumah... rasa macam pelik pulak bila anak saya takde.... rindulah pulak..hehe.. pic kat bawah ni beberapa hari sebelum iman ke taska...

 mmmm..?

 eaayyahhhh!!...

kiri kanan kiri kanan kiri kanan..!!!


oklaH.. Itu Aje untuk entry kali ini...


sekian...


Mar 15, 2012

sarang burung/ bird nest



saya nak cite pasal burung punya sarang..

hari tu mak mentua saya masak sarang burung.. ni baru kali ke-tiga saya makan (tak boleh selalu.. mahaii wehhh..) .. masa mula-mula minum dulu tekak susah nak terima sebab tak biasa.. tapi kali ni bila minum ..eh!! sedaplah pulak..jadi nak sharelah ngan korang camne cara nak masak sarang burung@bird nest nih... senang aje.. rasa bird nest ni macam makan jelly..

bahan-bahan
3 keping sarang burung - rendam dan bersihkan
3 keping hirisan ginseng
3- 4 cawan air
sedikit gula batu

cara-cara
  1. cuci bersih sarang burung
  2. masukkan sarang burung, hirisan ginseng dan air ke dalam slow cooker dan masak selama 2-3 jam (mode:hight)
  3. bila dah lembut baru masukkan gula batu (ikut nak manis tahap mana)
  4. sedia untuk diminum
 


Mar 14, 2012

kurangkan bengkak susu

ni nak cite kejadian yang berlaku masa saya dalam pantang hari tu. hari ketiga selepas saya bersalin , saya mengalami masalah bengkak susu. kalau masa lahirkan iman dulu takde masalah sangat sebab baby boleh direct feeding. tapi kali ni tak sama. sudahnya saya sakit akibat bengkak susu sampai demam2.. walaupun perkara ni dah dekat sebulan berlalu.. tak kiralah.. saya nak cerita jugak... apa yang nak saya kongsikan macam mana nak kurangkan rasa bengkak susu. pada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah ni mesti taukan. betapa sakitnya.. silap haribulan boleh demam macam yang jadi kat saya...

apa yang korang perlu lakukan ialah sediakan kobis .. kalau boleh sebiji.. pastu ambil kelopak kobis tadi dan tekap pada cik B, pastikan anak baju tak terlalu ketat. bila kelopak kobis dah layu, tukar dengan yang baru. ulang lagi sampailah rasa bengkak tu kurang. jangan lupa perah/pum susu bila dah kurang bengkaknya.

kaedah lain, bolah tuam dengan tuala basah. caranya basahkan tuala dengan air biasa dan tuam cik B dengan tuala tadi selama 45 minit, kemudian tuam pulak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam sampai rasa bengkak kurang.. bila dah kurang baru perah/pum susu jugak. 

petua ni saya dapat masa pegi klinik kesihatan seremban. alhamdulillah.. cara yang pertama tu sangat-sangat membantu. dan kalau korang ada cara lain.. mungkin boleh share kat sini jugak.. (:



Mar 13, 2012

ikan masak cuka

semalam saya bereksperiment lagi, kali ni saya cuba resepi dari cik mat gebu. ikan masak cuka. tapi saya terlupa nak ambil gambar ikan yang dah siap masak..   kalau korang nak cuba, terus je la g kat blog cik mat yer.. 

layan jugak makan ikan masak cuka ni ngan nasi panas-panas.. 






petua kurangkan batuk

untuk kali ni saya nak kongsi petua pulak. masa dalam pantang hari tu saya dilanda demam + batuk.. walaupun demam dah baik.. tapi batuk tak ok2 jugak.. satu hari pak mentua saya suh minum air rebusan halia... alhamdulillah. dengan izin Allah.. batuk saya semakin berkurangan... meh tengok resepinya.. (:

Bahan
5 batang serai - ketuk
4 ulas bawang merah - cuci bersih dan belah sikit (kulit bawang jangan dibuang)
3 hiris halia
sedikit lada putih - ketuk
2 mangkuk air
gula perang secukupnya

cara
  1. satukan semua bahan kecuali gula perang dan jerang hingga mendidih.
  2. tambah gula perang ikut kemanisan yang dikehendaki dan tutup api
  3. biarkan air rebusan menjadi suam..bolehlah minum..

Feb 13, 2012

berpantang selepas keguguran

hari ni dah hampir seminggu saya berpantang... alhamdulillah.. badan dah beransur sihat.. tapi masih tetap perlu berpantang macam lepas bersalin biasa jugak.. dan hari ni jugak hampir seminggu arwah Qaisara pergi meninggalkan kami.. (sayu hati bila terkenangkan dia)

ramai jugak yang bertanya.. macam mana boleh jadi macam tu.. ?? apa yang boleh saya katakan.. saya dah berusaha sebaik mungkin menjaga kandungan.. tapi ternyata Allah lebih sayangkan arwah.. sebagai ibu, hati mana yang tidak sedih .. tapi saya cuba kuatkan semangat kerana saya tahu.. Qaisara sentiasa dalam lindunganNya walaupun dia tiada di sisi kami...

saya perlu tabahkan hati menerima kenyataan yang sememangnya amat menyedihkan..

(T_T)


Feb 5, 2012




Sabar itu sangat sukar...
tidak semudah menuturkannya



Jan 31, 2012

bengkung moden 4 panel

ha.. nak cite pasal bengkung pulak.. dulu-dulu masa bersalinkan iman.. saya cuma beli bengkung tali je.. siap beli dua helai lagi.. masa tu tak tau tentang kewujudan bengkung moden ni.. sekarang bila hamil kali kedua, saya cari lagi info pasal bengkung dan terjumpalah satu blog  .. blog bengkungmoden.com

oleh kerana kali ni saya akan berpantang dengan mentua, kenalah cari bengkung yang senang nak pakai. memula tengok harga tu rasa berkira-kira jugak nak beli ke tidak...beli ke tak ??

tapi bila kenangkan pengalaman berbengkung selepas lahirkan iman dulu.. masa tu memang lecehlah.. nk ke toilet tali nak kena bukak/longgarkan, bila bergerak,, ikatan dah lari... memang tak selesa.. jadi kali ni saya nekad jugak nak beli... 

saya pilih bengkung 4 panel sebab besar sikit. lagipun tak tau kali ni bersalin normal atau c-zer.. tapi harap-harap normal... insyaallah...

bengkung ni saya order isnin lepas.. harga untuk saiz m: RM225.00. saya tak ambil yang set sekali ngan gel sireh tu sebab dah planning nak beli set bersalin tropical herbs dari amway.. dalam set tu dah sedia sekali bancuhan untuk sapu pada perut.. 

nanti bila dah guna saya share lagi dengan korang yer... sekarang  tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab belum bersalin.. haha...

jadi ...kisah selanjutnya.. kenalah tunggu..... 


Jan 30, 2012

wantan

assalamualaikum sahabat...

rasanya sebelum ni saya dah penah share kot pasal resepi wantan . tapi takpelah... saya nak tulis jugak.. ahad lepas mak mentua saya ada buat wantan.. versi ayam dan ikan... selalu orang buat guna ayam dengan udang.. tapi oleh kerana en.hubby  belum boleh makan udang.. jadi kami gantikan dengan isi ikan tenggiri.. rasanya? tetap sedap... yang ni kitorang buat sup.. sebab nak makan ngan mee wantan... sayangnya untuk mee wantan tu saya tak sempat nak snap gambar.. elok je siap balut wantan.. iman bangun .. untuk isi wantan tu kalau korang suka boleh tambah  hirisan daun bawang ..bila dah siap.. terpulang samada nak goreng atau di buat sup..terima kasih pada en.hubby sebab tolong ambil gambar..hehe..ok..jom tengok resepi 





bahan-bahan

 1 keping isi  dada ayam - cincang lumat
2 keping isi ikan tenggiri - cincang lumat
sedikit serbuk lada sulah
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak bijan -  tak letak pun takpe
kulit wantan secukupnya

cara-cara

satukan isi ayam, isi ikan dan bahan perasa , gaul hingga sebati. ketepikan

 


ambil sekeping kulit wantan, sudukan inti dan letak di tengah-tengah

 


balut wantan dengan kemas
     
  
bila dah siap semuanya, bolehlah di goreng atau dibuat sup...


    utk  sup..
    bahan-bahan

    3 biji bawang merah - mayang
    2 ulas bawang putih -  mayang
    1/2 kiub pati ayam
    sedikit hirisan sayur masin 
    air secukupnya
    garam dan serbuk perasa
    minyak untuk menumis
    hirisan daun bawang  - optional

    cara-
    1. panaskan minyak, tumis bawang hingga garing, angkat dan tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
    2. masukkan air, tutup kuali dan biarkan rebusan mendidih.
    3. tambah kiub pati ayam, serbuk lada sulah dan perasakan..
    4. biarkan mendidih lagi baru masukkan wantan dan rebus hingga isi wantan masak...
    5. taburkan hirisan daun bawang/bawang goreng dan sedia untuk dihidang..

    p/s: kalau tak suka kiub ayam boleh ganti dengan stok ikan bilis .. sedap di makan panas2.. (:

      oren laici

      ada sape-sape rasa nak minum oren tak? kalau ada .. boleh cuba minuman kat bawah ni ...






      Bahan-bahan

      1 tin laici/longan
      1 liter minuman berkarbonat perasa oren (fanta/mirinda)
      ais secukupnya - letak banyak sikit sebab minuman ni manis...


      Cara

      1. letak ais dalam jug
      2. curahkan air oren dan laici.. kacau sampai sirap laici dan air oren tadi sebati.. sedia diminum... 

      Jan 25, 2012

      rendang udang



      dah lama jugakkan saya tak share resepi .. ok.. kali ni nak cite pasal udang.. semalam saya cuba salah satu resepi dari kak fida (myresipi).. rendang udang.. sedap.. selalu kalau nak buat rendang saya guna ayam atau daging je.. kelmarin mak mentua saya tanya.. udang boleh buat rendang tak? saya jawab boleh.. tapi tak tau macam mana nak buat. nanti saya carikan resepinya..

      godek punya godek.. berkenan nak cuba resepi dari kak fida ni.. dan hasilnya tak mendukacitakan.. sedap ..
       kalau korang nak cuba.. klik je la link kat nama kak fida yang kat atas tu yer.. gambarnya nantilah..bila rajin saya upload... 

      mm.. gambar pic baru update 31/1/2012.. :p

      Jan 22, 2012

      Gong Xi Fa Chai

      rajin pulak saya.. pepagi lagi dah buat entry..hehe.. tiap kali Tahun Baru Cina.. selalunya saya akan ikut keluarga mentua baik kampung.. sama macam tahun-tahun lepas jugak.. apa yang best Tahun Baru cina ni yer? oh.. kalau tanya saya.. mestilah saya jawab.. cuti....hahaha... sebab bila cuti..
       bolehlah berehat sikit... (:

      pagi ni nak kemas barang .. kejap lagi nak balik kampung.. sementara iman kecik saya tu masih tidur.. baik kemas cepat-cepat.. kalau dia dah bangun.. apa kerja pun tak boleh buat..hehe.. kepada kawan-kawan yang bujang.. kalau jumpa saya nanti.. sila jangan mintak angpau yer..(nampak sangat kedekut).hahahaha..

      oklah .. nak merajinkan diri  sebentar.
      ... assalamualaikum...


      Jan 18, 2012

      dah keluar wad

      syukur alhamdulillah.. selasa lepas en hubby dah boleh keluar wad..  skang ni dia masih dalam mood cuti sakit sampai 27/1/2012.. tapi oleh kerana company tempat dia keje tutup sampai 30/1/2012 sempena tahun baru cina.. jadi dapatlah berehat lama sikit... 

      dah boleh makan macam biasa cuma x boleh drive lagi sebab susah nak pusing ... apapun.. syukur alhamdulillah... terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kesihatan en hubby... (:


      Jan 15, 2012

      16 januari 2011

      hari ni ulang tahun perkahwinan saya yang kedua bersama suami tersayang 
      en mustaqim chong...
      tapi tak dapat nak raikan sebab semalam en hubby dah masuk wad dan  pukul 8 tadi dia dah masuk operation room..  harap-harap pembedahan berjalan dengan lancarlah..insyaallah...

      ...

       


      Jan 12, 2012

      tahun baru yang tak berapa nak baru sangat

      salam semua.. kita masih lagi di mood tahun baru kan?? walaupon dah hampir dua minggu.. rasanya boleh lagi nak wish hepi new year...

      awal tahun macam  di tambah pulak dengan tahun baru cina yang bakal datang ... ramai jugak sahabat-sahabat saya yang bakal berkahwin.. 

      buat mereka-mereka yang akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ni.. saya ucapkan selamat pengatin baru .. mohon maaf sebab tak dapat hadir kenduri korang.. rata-rata yang nak kawen  majlisnya semua jauh-jauh.. idok le saya larat nak datang.. apapun.. jutaan terima kasih kerana sudi menjemput hamba.. semoga persiapan yang dirancang berjalan dengan baik hendaknya.. insyaallah...

      untuk sahabat-sahabat saya yang masih bujang trang tang-tang pulak.. jangan risau.. tahun ni siapa tahu.. mungkin anda akan berjumpa dengan si dia kan..hehe... andai kata belum ketemu.. jangan riso.. ada lah nanti.. jangan putus asa dan selalu berdoa semoga Allah temukan korang dengan insan yang benar-benar ikhlas... 

      eh.. untuk sahabat saya yang sudah bertemu dengan cinta baru pulak.. tahniah saya ucapkan...  harap-harap jodoh yang datang tu adalah yang terbaik dan dipermudahkan jugak... seronok bila tengok kawan-kawan hepi dengan life masing-masing... 

      dan yang masih kecundang atau kata lainnya.. baru lepas putus chenta ka... jangan sedey-sedey ok.. hidup ni kan macam roda .. ada suka.. ada duka... andai waktu ini anda dilukai.. jangan anggap dunia dah berakhir coz masih ramai lagi di luar sana tu yang tetap menyayangi korang... setiap yang berlaku tu ada hikmahnya... jadi jangan cepat putus asa ye...

       untuk diri saya pulak.... harap-harap kesihatan saya bertambah baik ... (:

      akhir kata... (dah macam tulis surat pulak..hahaha) 

      berhati-hati di jalan raya........... peace no war... :p


      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...