Jan 30, 2012

wantan

assalamualaikum sahabat...

rasanya sebelum ni saya dah penah share kot pasal resepi wantan . tapi takpelah... saya nak tulis jugak.. ahad lepas mak mentua saya ada buat wantan.. versi ayam dan ikan... selalu orang buat guna ayam dengan udang.. tapi oleh kerana en.hubby  belum boleh makan udang.. jadi kami gantikan dengan isi ikan tenggiri.. rasanya? tetap sedap... yang ni kitorang buat sup.. sebab nak makan ngan mee wantan... sayangnya untuk mee wantan tu saya tak sempat nak snap gambar.. elok je siap balut wantan.. iman bangun .. untuk isi wantan tu kalau korang suka boleh tambah  hirisan daun bawang ..bila dah siap.. terpulang samada nak goreng atau di buat sup..terima kasih pada en.hubby sebab tolong ambil gambar..hehe..ok..jom tengok resepi 





bahan-bahan

 1 keping isi  dada ayam - cincang lumat
2 keping isi ikan tenggiri - cincang lumat
sedikit serbuk lada sulah
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak bijan -  tak letak pun takpe
kulit wantan secukupnya

cara-cara

satukan isi ayam, isi ikan dan bahan perasa , gaul hingga sebati. ketepikan

 


ambil sekeping kulit wantan, sudukan inti dan letak di tengah-tengah

 


balut wantan dengan kemas
     
  
bila dah siap semuanya, bolehlah di goreng atau dibuat sup...


    utk  sup..
    bahan-bahan

    3 biji bawang merah - mayang
    2 ulas bawang putih -  mayang
    1/2 kiub pati ayam
    sedikit hirisan sayur masin 
    air secukupnya
    garam dan serbuk perasa
    minyak untuk menumis
    hirisan daun bawang  - optional

    cara-
    1. panaskan minyak, tumis bawang hingga garing, angkat dan tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
    2. masukkan air, tutup kuali dan biarkan rebusan mendidih.
    3. tambah kiub pati ayam, serbuk lada sulah dan perasakan..
    4. biarkan mendidih lagi baru masukkan wantan dan rebus hingga isi wantan masak...
    5. taburkan hirisan daun bawang/bawang goreng dan sedia untuk dihidang..

    p/s: kalau tak suka kiub ayam boleh ganti dengan stok ikan bilis .. sedap di makan panas2.. (:

      2 comments:

      LydSunshine said...

      Senang je buat wantan ni rupa-rupanya. Tapi kulit dia tu, beli ke buat sendiri?

      kyo said...

      beli je Lyd.. kat tesco ada jual...

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...