Feb 13, 2012

berpantang selepas keguguran

hari ni dah hampir seminggu saya berpantang... alhamdulillah.. badan dah beransur sihat.. tapi masih tetap perlu berpantang macam lepas bersalin biasa jugak.. dan hari ni jugak hampir seminggu arwah Qaisara pergi meninggalkan kami.. (sayu hati bila terkenangkan dia)

ramai jugak yang bertanya.. macam mana boleh jadi macam tu.. ?? apa yang boleh saya katakan.. saya dah berusaha sebaik mungkin menjaga kandungan.. tapi ternyata Allah lebih sayangkan arwah.. sebagai ibu, hati mana yang tidak sedih .. tapi saya cuba kuatkan semangat kerana saya tahu.. Qaisara sentiasa dalam lindunganNya walaupun dia tiada di sisi kami...

saya perlu tabahkan hati menerima kenyataan yang sememangnya amat menyedihkan..

(T_T)


Feb 5, 2012




Sabar itu sangat sukar...
tidak semudah menuturkannya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...