Dec 28, 2011

Breastpump

mak aih.. bersawang dah blog ni.. nampak sangat tuan nye blog maleh nk hapdet...hehe.. jap2.. nak kasi hialng dulu segala sawang mawang ni...(sambil buat gaya mengelap konon-kononnya...)

ok.. dah bersih dah.. boleh mula menaip...ehem2..

sejak mengandung anak kedua ni.. bermulah balik aktiviti saya iaitu mencari maklumat berguna .. skang ni tengah gigih google maklumat pasal breastpump.. teruja sungguh tengok ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka hingga 2 tahun.. masa anak pertama dulu saya hanya dapat breastfeed iman sampai 10 bulan je. tu pun selang-seli dengan susu formula (FM).. lepas tu susu dah mula kurang ...dan iman pon dah rejek susu saya..huhu..sodih den...

kalau boleh.. kali ni saya nak cuba untuk susukan anak yg kedua ni dengan susu ibu .. (harap-harap boleh).. sebelum ni saya pernah guna medela harmony (manual pump) .. bagi saya pam ni ok cuma lenguh tangan je la...dah manualkan.. kena la pakai tangan.. sekarang saya bercadang nak beli spectra 3 pulak.. kalau diizinkan saya nak beli set lengkap dengan double pumping sekali..senang sikit... ada la menjenguk dua tiga kedai online.. dan hingga ke hari ini, harga yang paling murah selepas less boleh dapat dalam RM499.00 .. kat littlewhiz dan jugak Onebbworld .. tapi harga ni sampai 02/01/2012 je .. pastu akan naik balik..mmm... nampak gayanya kena la saya beli cepat2..

bercakap pasal spectra 3 .. yang ini merupakan pam elektrik yang boleh buat double pumping.. kalau nak single pon boleh jugak...apa yang best pasal spectra 3 ye? kalau nak tahu pengalaman saya.. tak bolelah nak kongsi..sebabnya?? beli pon tak lagi..macam mana nak share pengalaman kan? haha.. tapi kalau korang rajin google .. ramai ibu2 yang guna spectra 3 ni.. dah rata-rata review yang saya jumpa kebanyakannya positive.. 

sesape yg ada budget lebih tu bolehla sambar medela fs.. tapi bagi saya yang duduk dalam kategori biasa2 je..spectra 3 cukuplah.. idok le teman mampu nak membeli medela fs tu..mahai wehhh... tapi kalau ada yg nak bagi free.. den ok je..hahahaha...


mm.. tunggu saya beli dulu..baru boleh share .. (:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...