Jun 28, 2011




adakalanya aku rasa rindu pada  zaman kanak-kanak
tak perlu nak fikir nak kena buat itu
kenapa kena macam tu
zaman  kanak-kanak...
apa yang ada dalam kepala otak ??
fikir nak bermain dengan kawan-kawan je la
tak payah nak serabut kepala mikir
keje tak siap..
nak mengadap orang yang macam-macam kerenah 

kadang-kadang aku pelik dengan manusia disekeliling aku
pelik dengan sikap mereka yang sangat menjelekkan
kenapa perlu ada hasad dengki?
busuk hati? 
sedap sangat ke mengata orang??
sempurna sangat ke kau tu ??

mungkin dah menjadi 'makanan' diorang gamaknya
kalau dalam satu hari tu tak mengata orang.. tak 'kenyang' perut dia
buruk orang semua dia nampak..
busuk diri sendiri masih tak sedar-sedar..

sangat rimas berada di kalangan mereka yang merasakan diri tu macam bagus
dan aku akan cuba untuk tidak melibatkan diri dengan mereka ini
kecuali atas urusan rasmi...
rimas wehhhh !!!

stress




Jun 26, 2011

rendang ayam serai dan lemak cili api

semalam sedara mara belah mak mentua dari bukit pelanduk ada datang bertandang ke rumah mentua.. 
3 hari lepas mak mentua den dah koba dah.. 
dia dah bagi amanat suh masak rendang dengan lemak cili api...
jenuh la... nak masak 2 ekor ayam pulak tu..
aku ni dah lama sangat tak masak banyak-banyak..
hati ni bukan main risau sangat.. tapi nasib baik ada internet...
kalau bab rendang ni aku memang suka tengok blog cik mat gebu.. 
blog beliau memang sangat terkenal
ada macam-macam resepi..
sedap-sedap pulak tu.. rendang pon sama.. dah banyak kali cuba... 
kali ni aku pilih untuk cuba rendang ayam serai pulak.. 
alhamdulillah..menjadi... seb bek la depa suka.. 
kiranya laku la.. hihi.. 
tapi maaflah yer.. 
oleh kerana terlalu sibuk memasak di dapur.. 
den lupo nak amik gomba... 
sudahnya tinggal tulang ayam ngan tulang ikan jer.. 
takkan nak tepek kat sini pulakkan??
kalau korang nak cuba resepi dari cik mat gebu..
boleh la pegi ke blog beliau.. 

psstt: terima kasih kepada CMT krn sudi share resepi yang best ini...


Jun 25, 2011

Skin Food lagi . . .

khamis lepas berjaya mengajak en.hubby ke Jusco S2.. niat di hati nak meng'usha' je.. tapi bila SA yang layan tu baik.. terus tergoda nak beli.. dan inilah hasilnya...



Black Sugar Mask Wash Off - RM44.00
Peach Sake Toner - RM50.90
Peach Sake Serum - RM57.90
GoldKiwi Toner - RM69.90
Avocado Lip Balm - RM28.00

Peach Sake Toner ngan serum tu beli untuk en.hubby sebab kulit dia sangat oily.. produk ni sesuai jugak untuk lelaki tau sebab dah tanya kat FB Skin Food..
Black Sugar Mask tu sesuai untuk semua kulit.. jadi tak rugi beli sebab en.hubby pon boleh guna sekali (akan ku paksa dia guna )..haha

GoldKiwi Toner untuk den la... bau toner dia sangat best.. 

dan botol yang comel-comel tu adalah free gift yang aku dapat sebab belanja more than RM180.00 .. kiut kan botol dia?? yang paket kecik-kecik tu pulak sample dari Skin  Food.. dapat dua jenis.. GoldKiwi ngan Agave Cactus.. dua-dua pon bau best ..

nanti bila-bila senang, aku buat review untuk setiap satu produk ni yer.. tunggu aku guna dulu la kan.. baru boleh cerita lebih.. 
jadi.. kena tunggulah yer.. :P

...


Jun 24, 2011

Review: Skin Food Milk Shake Point Make Up Remover


cerita tentang Skin Food lagi..

 
Skin Food Milk Shake Point Make Up Remover
RM39.00
160 ml

yang ni pon sama jugak, beli sekali dengan Skin Food Shea Butter Hand Lotion
dah guna banyak kali untuk tanggalkan make-up terutamanya make up di bahagian mata dan jugak lipstik..

 dan inilah rupanya, sebenarnya dia ada dua layer tapi terlupa pulak nak snap. bila nak guna, goncang botol dan tuang je atas cotton pad

 nak buat review punya pasal, aku calit la sikit eyeliner, lipstik dan eye shadow kat tangan .. pssttt....sila abaikan kekedutan dan urat-urat yang ada tu yer.. :P

haaa.. nampak tak apa yang ada kat cotton pad tuh?? itulah dia hasil calitan yang berjaya ditanggalkan oleh Milk Shake Point Make Up remover keluaran Skin Food..

 tadaaa.. bersihkan?? .. bau milk shake ni tak kuat sangat..best tau bau dia..  kiranya tak rasa terganggu bila gunakannya..

.. ni macam yang dikatakan tadi, ada dua layer..

tarikh yang tertera pada bungkusan/label tu bukanlah tarikh expired ye puan-puan.. bila nampak je tarikh ni bermakna produk yang dibeli dibuat pada tarikh tersebut (klu tak silap)
yang pastinya bukan tarikh tamat tempoh..

ada sesiapa yang tergoda untuk memilikinya?? tak susah.. pegi je kat kedai Skin Food yang berdekatan anda.. jangan lupa bawak duit/kad kredit/kad debit yer.. kang sia-sia je keluar...(pernah jadi kat aku) :p

oklah.. rasanya dah cukup kot penerangan aku pasal produk ni, kalau rasa curiga/was-was atau ada sebarang kemusykilan.. pegi je kat Fb skin food malaysia.. mereka sedia menjawab segala kemusykilan anda...

Review: Skin Food Shea Butter Hand Lotion

ok. seperti yang sedia maklum.. bulan lepaskan aku ada beli produk dari skin food.. jadi kali ni aku nak buat review untuk salah satu barangan yang aku dah borong.



Skin Food Shea Butter Hand Lotion
RM16.90 untuk30g

mula-mula dalam bayangan , warna lotion ni adalah warna coklat sebab nampak gambo koko kat tiub dia, sekali sangkaanku meleset daa... warna putih susu ye puan-puan.. lotion ni aku memang usung pegi keje balik keje sebab sangat suka dengan baunya. best tau bau lotion ni, mungkin serasi dengan deria bau den kot..hehe..

setakat ni takde apa-apa kesan sampingan, jadi akan terus dipakai sehingga habis.. bila dah habis,, ada kemungkinan akan membeli lagi.. ehemm.. korang taknak cuba ke?

Jun 21, 2011

jalan-jalan kat blog beeha tadi.. seronok baca entry dia..cerita tentang 50 SEBAB TIDAK 'couple/bercinta' dengan designer .. dan aku tertarik dengan point -- >>
 
no.17: hanya mendengar pendapat tetapi tetap melakukan apa yang mereka rasa betul.. 

ayat tu kalau ditujukan kat aku memang sedebik kena .. sebab apa?? .. sebab aku selalu macam tu.. kalau orang bercakap/bagi nasihat.. masih mendengar. tapi belum tentu akan ikut.. walaupon aku ni takde kena mengena pon ngan cerita designer seperti yang beeha dok tulis kat blog dia.. tapi point tu memang kena la.. hehe.. kalau korang ada masa, lawat la blog beliau.. banyak jugak cerita-cerita menarik yang boleh dibaca... .. (:


Jun 18, 2011

Daging masak kicap & cendawan

hari tu  tengok kt blog lydsunshine,  dia masak daging black pepper, nampak sedap jer. dan kebetulan pagi tadi mentua aku datang hantar stok barang dapur dan antaranya..ada daging.. dengar je perkataan "daging" .. terus terbit idea nk masak black pepper.. tapi sudahnya tak jadi.. bukak peti sejuk, nampak pulak bungkusan cendawan kering.. ahh.. masak ni ngan daging la.. so.. jadiklah menu ni.. aku masak daging ni main agak2 jer.. kalau korang nak cuba.. ejas la apa yang patut... :p

Bahan-bahan

350 gm daging - hiris nipis, cuci & toskan
* 3 sudu besar kicap manis
* 3/4 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 1/2 sudu besar sos tiram
* sedikit kicap pekat
4 keping cendawan kering- rendam hingga lembut dan hiris
1 inci halia
1sudu makan pes cili
1 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar  -  belah 4
1 biji kentang - belah 8
5 biji cili padi 
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
bancuhan tepung jagung
air secukupnya
garam & gula
minyak untuk menumis


cara-cara

  1. perap daging dengan bahan-bahan bertanda *
  2. panaskan minyak,  tumis pes cili , bawang putih & bawang merah hingga garing
  3. masukkan halia, bawang besar, cili padi dan daging.. kacau sebentar baru masukkan cendawan
  4. masukkan kentang & juga air, biarkan mendidih hingga daging & kentang empuk
  5. kemudian, masukkan Jus limau serta bancuhan tepung jagung  untuk memekatkan kuah.. 
  6. perasakan dan sedia untuk dihidang.. sedap dimakan dengan nasi panas..

Jun 17, 2011

ikan goreng halia

ni menu minggu lepas sebenarnya, tapi sebab tak sempat campur malas, jadi telah di jadikan entry untuk hari ini. resepi mak mentua. dia masak.. den dok tepi tengok jer..heeee.... aku tak tau nama apa menu ni..jadi ikut suka hati dengan bangganya aku letak la nama dia ikan goreng halia (sebab boh halia) kalau letak lengkuas.. aku ubah nama dia jadi ikan goreng lengkuas pulak..hahaha.. oklah2.. melalut pulak.. jom skodeng camne mak mentua den masak.. 

Bahan-bahan

1 ekor ikan -apa saja ikan yang anda suka digoreng garing
1 inci halia - hiris/mayang
1 ulas bawang putih - cincang
sedikir kicap cair
air secukupnya
garam & gula 
minyak untuk menumis
Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi
  2. masukkan halia dan tumis sebentar
  3. masukkan kicap cair (agak2) dan air
  4. biarkan mendidih baru masukkan ikan
  5. perasakan dan siap ...
  mudah kan?? sangat sesuai bagi mereka yang tak suka makan pedas. slamat mencuba (^_^)

Jun 14, 2011

aduh !! sakit kepalaku...

dua tiga hari ni agak lemau sedikit.. dengan keadaan diri yang tak berapa nak sihat, dengan kerenah iman yang meragam, aku agak kepenatan. nak buat entry pon macam takde masa walaupon dalam sehari tu memang dah sah-sah 24jam. tapi nak taip entry dalam 15-30 minit pon macam tak cukup ruang je..  ke aku yang tak pandai manage masa?? memang pon..hahaha..

minggu lepas ada lagi 2-3 resepi yang aku tak sempat nak taip, ada 2-3 produk yang aku beli pon tak sempat nak tulis. bila diserang sakit kepala ni susah sikit nak mengadap pc lama-lama.. sakit mata yang akan membawa kepada sakit kepala yang berpanjangan.. 

dan sehingga ke saat ini, kepala ini masih berdenyut-denyut.....mmm... stop dululah.. nanti dah reda sambung balik...


Jun 11, 2011

roti aiskrim goreng



ikutkan dah lama sebenarnya aku nak cuba buat roti asikrim ni .. tapi asyik lupa jer.. bila beli roti.. aiskrim takde .. dah beli aiskrim, roti pulak habis. dan begitulah seterusnya.. pastu.. semalam aku buka peti ais.. wow!!  ada aiskrim.. tgk pulak atas meja.. nampak roti 3 keping.. .. ... dan ..  bermulah episod baru.. aku..aiskrim dan 3 keping roti...hahaha.. apa punya tajuk daa...... tapi takpe lah.. resepi ni sebenarnya aku tengok kat web myresipi.com 

menu ni dari princessharyati .. memandangkan roti cuma ada 3 keping ajer.. tu yang jadi macam gambar kat atas tu.. satu bulat, satu segi3. kira oklah.. terima kasih banyak-banyak kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini. tapi tu la.. tengah  syok dok buat sekali iman bangun daaaaa... terpaksalah aku stop. tu yang prosesnya hanya sampai kat kelim ajer.. tak sempat nak goreng.. dan sampai hari ini.. roti aiskrim ku ada je kat dalam peti ais tu ha... ntah bila la pulak aku nak menggorengnya..huhuhu.. nanti la aku goreng.. kalau korang nak tau macam mana nak buat.. klik sini yer..


kacang panjang goreng bilis



hari minggu macam ni kalau ada kesempatan aku akan masak kat umah.. kalau tak sempat.. alamatnya tapau je la kat luar nun. kali ni aku nak share pasal kacang panjang pulak.. aku ni bukanlah jenis yang suka makan kacang panjang, tapi ada satu hari tu pak mentua aku masak kacang ni..eceh.. tersuka pulak. :p

tapi kacang yang aku guna ni jenis yang montel-montel gitu.. yang jenis montel-montel plus gebu nih rasanya lagi manis berbanding kacang panjang kurus... tak caye?? g pasar nanti korang cari kacang panjang montel ni pastu try masak.. pastu gerenti tersuka macam aku jugak..hehehe..ok.. jom tengok !!

Bahan-bahan

1 ikat kacang panjang montel - potong ikut suka dan goreng dengan minyak
semangkuk kecil ikan bilis - goreng garing
3 biji cili padi - hiris / cincang
1 ulas bawang merah - goreng garing
1 ulas bawang putih - cincang
sedikit kicap cair
air  - jika perlu
garam & gula - jika perlu
minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi
  2. masukkan kacang panjang yang telah digoreng terlebih dahulu
  3. masukkan cili , kicap cair & sedikit air ( kalau nak kuah)
  4. kacau sebentar dan masukkan bawang goreng
  5. akhir sekali baru masukkan ikan bilis goreng
  6. perasakan dan sedia untuk dihidang..

p/s: kicap cair tu agak2 la yer.. kalau dah masin tak payah letak garam lagi sebab kicap dengan ikan bilis tu dah sedia masin.. 


puri kentang bersusu



sekarang ni iman dah mula makan, minggu lepas aku buat bubur nasi dengan ayam tapi telah di reject oleh anakdaku yang terchenta..hukhukhuk.. dan semalam saje buat puri kentang tapi kali ni aku campur dengan susu.. kasi sedap sikit..erkkkss.. sedap ke? hasilnya tidak mengecewakan.. iman sukaaaa... yeeeaaaaaaaaa.......... jadi entry kali ni adalah pasal iman dan makanannya..  (: 

Bahan-bahan

1 biji kentang - buang kulit, cuci bersih dan potong dadu
1 scoop susu tepung - iman  punyer enfalac
2.5 oz air masak/suam
air secukupnya untuk merebus kentang

Cara-cara

  1. rebus kentang sehingga empuk
  2. tapis kiub kentang dan masukkan dalam blender
  3. masukkan susu dan 2.5 oz air suam . blend sampai betul-betul halus
  4. tapis dan sedia untuk di nikmati oleh anak anda yang comel itu... hehe

Jun 10, 2011

skin food

bulan lepas saje jalan-jalan kat Jusco S2.. nampak skin food punyer kedai.. gatal masuk.. dan ini lah hasilnya.. hehe

  • peach sake pore essence mask sheet
  • milkshake point remover
  • shea butter hand lotion 
  • black bean nose pack
 3 dari bawah tu aku dah try guna.. best jugak la.. nanti bila-bila senang aku buat review.   (:

banyak jugak info pasal skin food ni, salah satu brand dari korea.. ada sape-sape pernah guna skin food ?? meh la share.. aku pon tengah dok usha gak nih.. macam nak beli lagi jer...hehehe...



Jun 4, 2011

Sayur Tau Mio goreng

memandangkan iman belum bangun.. rasanya sempat kot kalau aku buat satu enrty lagi :P hehe.. kali ni pasal masak-masak  pulak. selalu tak korang masak sayur ni? selalunya aku goreng  je, takpun aku buat sup.. nama sayur ni kalau tak silap aku.. tau mio.. orang melayu panggil pucuk kacang kot kalau tak silap la.. aku pon tak sure la.. jom tengok tau mio goreng versi aku.. simple je.. kalau
 tak mau letak isi ayam, korang boleh gantikan dengan fishcake/udang segar.. still sedap
Bahan-bahan

satu mangkuk tau mio -  cuci bersih & toskan
2 ulas bawang putih - cincang kasar
1/2 mangkuk kecil isi ayam - hiris nipis
garam & gula
minyak untuk menumis
bancuhan air tepung jagung


Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan isi ayam dan goreng sebentar
  2. masukkan tau mio dan goreng hingga sayur agak layu
  3. perasakan dengan garam dan gula
  4. akhir sekali, masukkan bancuhan air tepung jagung, anggaran 5 sudu besar dan kacau
  5. siap..

kuih chang




yess!!  akhirnya aku bekesempatan untuk membebel .. huhukhuk.. semalam tak sempat la buat entry baru.. nampak tak gambar  kat atas tu?? haa..  ni la yang aku nak bebel nih.. patutnya benda ni aku bebel semalam lagi dah.. tapi nak buat macam mana kan.. dah tak sempat.. tunda la ke hari ini.. hehe..

ok. jom aku cite sikit pasal makanan kat dalam gambar tu.. atas skali ialah kuih chang. makanan ni merupakan salah satu makanan tradisi kaum cina.  selalu kalau kita pegi pasar malam yang rata-rata penjualnya adalah cina.. mungkin korang boleh nampak, ada yang jual kuih ni.. tapi tu versi tak halal ye tuan-tuan.. apasal pulak aku kata tak halal?? ala.. malas nk kupas cite lebih-lebih.. paham-paham sendiri udah le.. 

tapi kuih chang yang aku snap gambarnya itu adalah versi halal..hehe.. mak mentua aku buat punyer.. sedap woooo... dalam dia ada pulut, buah berangan, udang kering, ayam, cendawan dan banyak lagi .. letih aku nak taip satu-satu. bila buka je bungkusan daun buluh tu.. wangi je bau pulut..

macam mana rupa isi dia?? haaa..meh tengok kat bawah ni..

rupa kuih chang dari dekat.. 




kuih chang yang telah selamat di buka..



taraaa.... dan bila dah melaui proses ini.. seterusnya.. apa lagi.. makan la.. nyum-nyum...

kali pertama aku makan kuih ni lepas kawen ngan en.hubby .. sekali makan je terus jatuh chenta.. sedap la.. tapi maaflah yer.. resepinya tak dapat  aku nak terangkan sebab tak sempat nak tengok camner mak mentua den buat.. huhuhu.. len kali kalau ada kesempatan aku belajar buat kuih ni aku share ngan korang erk.. tapi kalau tak silap aku.. kat myresipi.com ada kot resepinya.. kalau korang rajin buleh try buat.. tapi yang pastinya.. cara nak buat kuih ni tersangatlah lecehnya...aku pon tak tau bila nak belajo buat makanan ni..huhu.. nantilah..  ni jap lagi my little iman tu nak bangun.. takleh nak online.. huhuhu. dan lepas ni.. aku nak buat enrty pasal sayur kat atas tu pulak.. ada perasan tak?? hehe.. tunggu yer.. nanti ada masa free aku celoteh lagi..

Jun 3, 2011

humang hai.. apa pemalas bona tuan blog ni nak update.. dah bape hari  takde cite baru ni?? jap aku kira.. 1, 2, 3 ,4 ,5, 6, 7, 8.. owh.. tipu la tuuu... mana ada sampai 8 hari lagi...hahaha.. sengai sungguh.. okey le. hari @ kejap lagi saya akan buat beberapa entry (kalau sempat) . dah snap gambo baik punyer.. ada la dua tiga benda nak story kat blog aku yang tak berapa nak ceria meria nih.  tunggu la yer.. skang tak boleh nak cite sebab tengah berasapkan dapur... kang dapur ke mana.. blog ke mana..hehe.. sabar ya...tunggu tau...

Jun 1, 2011

Sale: Digital Mall Member's Day Bazaar



kalau korang salah seorang dari Digital mall member.. ni la peluang korang nk p perabihkan duit gaji kt sana.. hoho.. macam-macam ado..

3-5 June 2011

Digital Mall Members Day Bazaar

Crazy price slash for IT gadgets

from as low as RM1


Happy Hour Products
Friday – 7pm
Sat & Sun – 3pm & 7pm
Purchase with purchase with  RM100 and above

iPad2 Wifi 16GB – RM1000
Epson ACU C1100 – RM100
Acer Slim 500GB EXT HDD – RM80
Tanscend Jetflash 4GB Thumbdrive – RM5
Xbox Kinect Bundle with Kinect Sensor – RM1060
Canon EOS 60D 18-135mm – RM3899
LG 19inch LCD Monitor – RM269
and more

Location
Digital Mall
2 Jalan 14/20
Petaling Jaya


Sale : Lingerie Warehouse Sale

 haa..ada sesape nk beli baju kecik dan suar kecik?? kalau ada.. boleh p The Atria Shopping Centre ni .. hehe..


10-12 June 2011

Lingerie Warehouse Sale

10 Jun : FREE Panties
with purchase of RM200 and above
for 1st 150 customers only


Brands Offered
Triumph
Sloggi
Amo

Time : 10am to 8pm

Location
BLock A Second Floor
The Atria Shopping Centre

TERMS
VIsa, Mastercard (above RM200) & Cash
No Bags Allowed
Only Wallets & Purses
Goods sold are non exchangeable  & refundable


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...